Bodoh sangat ke orang Melayu?


1.

J: aku dah pkul 4, dah bleh balik rumah
alangtengahbirukundang: tgh bace komen blog chedet
J: yay!
J: lama da x bukak chedet
J: mesti dia tgh sedih sbb x bjaya inggeriskan matematik n sains di tanah melayu
alangtengahbirukundang: nape la org ade stance bahwa org Melayu tak boleh berjaya kalu blajar bm dulu then later belajar inggeris? bodoh sgt ke org Melayu?
J: i also don’t undertsand that
alangtengahbirukundang: abis dalam tempoh sains n math dalam bahasa melayu berpuluh-puluh tahun tuh x ke ramai yang berjaya doktor2 ahli sains semua
J: language is language
alangtengahbirukundang: it’s a matter of switching je…
J: why people is so easily influenced
J: yep, kita faham sbb kita dari medium melayu yg cuma baru belajar inggeris
J: we manage to have a lawa degree (read in english) n later decent job
J: tp org yg xde experience mcm kita x dpt faham dgn mudah
J: org m’sia masih dalam dilema
J: mereka ingat bahasa inggeris yg buat mereka kelihatan bijak

2.
Dalam banyak-banyak komen kat blog chedet, aku perasan ramai yang berpandapat banyaknya masa terbazir kerana terpaksa menterjemah karya sains berbahasa Inggeris ke bahasa Melayu, diorang pun refer pada pengalaman diorang sendiri!
La, mesti lah banyak masa terbazir!!! Kalu sekali baca ko tak paham, ko tanya la balik “What’ve I done during my English class at school?” Mesti la ko tak paham sebab bahasa Inggeris ko tak score! So improve your English la brader! Kenapa nak bebankan budak-budak nak faham Math and Science hanya kerana bahasa Inggeris ko teruk mase belajar kat U dulu?

Semestinya ke semua buku2 kos kritikal kene terjemah ke bahasa Melayu? Mantapkanlah bahasa Inggeris, belajar Inggeris dalam 4 kemahiran utama reading writing listening speaking… Kalau tak tau camne nak implement, boleh la rujuk Pusat Asasi UIAM (dulu pusat matrikulasi) how they do it! Seriously, its fun learning English in IIUM. Selalu terfikir keadaan pasti jauh lebih baik jika pendekatan sama digunakan dalam pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah😦

Kerajaan pun hantar student ke Korea, Jepun , Russia, Jerman, Mesir… dah tu kenapa tak ambil pengalaman diorang nak paham rujukan berbahasa asing tuh? Aku yakin diorang berganda2 lebih tention nak belajar zaman-zaman first year n second year,  so ade possibility tak diorang terpikir, “Kenapalah Math dan Science tak diajar di sekolah-sekolah dalam Russia/ Jerman/ Jepun/ Korea/ Arab? ” Hahaha

Pastu, ade plak yang kate lepas ni I still akan cakap English dengan anak-anak kat rumah sebab I tahu ia penting. Helllooo, mak ayah I cakap English sekali sekala kat umah sejak bertahun-tahun sebelum PPSMI tak heran pun! Cakap kantonis pun ade ok! Kalu aku, lagilah; Arab, Jepun, Korea, Latin semua aku bedal kat anak-anak aku nanti.. siaplah korang!!! Sebab aku Melayu dan aku tahu aku taklah sebodoh itu tak makan diajar!

3.

Semua ni masalah sikap je! Kalu setakat nak tunggu lampu isyarat untuk pelintas jalan menyala hijau pun tak sabar, kalau setakat sampah kecik pun tak tahu nak pandang-pandang kiri kanan cari tong sampah, kalau naik LRT pun kene suruh macam kambing baru nak beratur, tak payahlah bermimpi jadi negara maju wahai Malaysian! Mase tu kalau pandai bahasa Inggeris dan ade roket sendiri hantar angkasawan pun tak guna.

4.

Dulu kita laksanakan pengajaran ilmu dalam Bahasa Melayu sejak BERPULUH-PULUH TAHUN, dan tiba-tiba PPSMI dilaksanakan, kita boleh je telan!
Sekarang kita mansuhkan PPSMI selepas baru 6 TAHUN SAHAJA, so proses “penelanan” itu sepatutnya jauh lebih mudah, kan?😛

Dan walaupun mungkin PPSMI dilaksanakan kembali, hmmm
TELAN JEEHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s