Kuasa akhirnya ditangan ku! (kuasa beli daa)


Selepas menangguh-nangguh bank apa yang perlu aku rujuk untuk membuat Kad Debit begi memudahkan pembelian dalam talian (on-line transaction), akhirnya aku berjaya mendapatkannya melalui EONCAP Islamic Bank! Yeay! Sebab aku nak join satu bisnes dalam talian tu.. adelah… hehehehe

Ini aku ringkaskan je dari broucher die…

ISLAMIC COMBI DEBIT MASTERCARD yang PERTAMA di dunia dengan PAYPASS!

YURAN TAHUNAN = RM8
Yuran Penyertaan = TIADA
Minimum untuk membuka akaun (bagi yang belum ada) = RM10

– Penerimaan di serata dunia
Kad ini lebih mudah apabila membuat bayaran untuk pembelian anda. Tiada lagi bil-bil yang mengelirukan atau kesukaran mengawal perbelanjaan anda. Gunakan kad ini dan bayar apa yang anda mampu [of coz la, ini bukan kredit kad heheh]

– Tanpa faedah atau caj kewangan
Sudah pasti, sebab ini adalah wang anda, bukan hutang! Tambahan pula tiada pendapatan minimum untuk memohon [lagi sekali, ye la, duit kau, bukan ko apply loan… untuk seketika aku rasa bank exegerate je lebih2]

– Bayaran ‘Tanpa Sentuh’ PayPass
Pemegang kad hanya perlu melambai-lambaikan kad pada jarak yang hampir dengan pembaca PayPass. Terdapat lebih daripada 36,000 tempat perniagaan seluruh dunia yang menggunakan PayPass!

-Bayaran bil secara automatik
Hmm, ni biasa lah

– Kemudahan Akses Tunai di serata dunia
Anda boleh keluarkan duit melalui ATM EONBANK (tiada caj), ATM tempatan lain yang mempunyai rangkaian MEPS (RM1 setiap transaksi), atau mana-mana ATM di seluruh dunia yamg mempunyai logo MasterCARD CIRRUS (RM10 setiap transaksi)

– Perlindungan Kemalangan Diri PERCUMA
Sebaik sahaja kad diaktifkan, pemegang kad dilindungi sehingga RM10,000-00 selama 12 bulan untuk kemalangan dan perlindungan kecederaan.

-Program Ganjaran BONUS PLUS
Lebih kerap guna, lebih banyak mata ganjaran, ni standard la kan.

– Program Keistimewaan Sepanjang Hayat
Diskaun, keistimewaan eksklusif dan tawaran-tawaran menarik di restoran, hotel atau pusat niaga terpilih!

– Pembayaran 3-D secure online
Anda boleh membeli-belah dengan lebih selamat dan yakin melalui sistem PIN “3-D SECURE ONLINE”

– ePenyata Bulanan
Akses percuma untuk penyata akaun dimana-mana jua yang boleh dimuat turun dari Perbankan Internet EON!

– Perbankan Internet Kumpulan Eon Bank
Ni biasalah, nak bayar bill ke, fund transfer ke… standard lah

– Perkhidmatan Pelanggan 24 jam
24 jam sehari, 7 hari seminggu!

79Kad pun cantik, my fav colour🙂

*Setakat ni Debit Kad yang boleh pakai buat internet transaction ialah Public Bank, EON Bank dan Al-Rajhi Bank. Kalu ade yang lain please update me ok!

3 thoughts on “Kuasa akhirnya ditangan ku! (kuasa beli daa)

  1. dah lama terfikir ttg debit card ni. tp still blur n takut2 nk guna. huhu aku nih mmg lambat bab2 teknologi nih. takut memakan diri sbb aku xpandai huhu

    tp boleh byr bil automatik? mnarik!

  2. nizam: sbnarnyer die mcm ATM kad je… cume kalu utk transaction internet, kan selalu pakai kad kredit, booking tiket ke, beli barang ke, cume this time kite pakai debit kad, duit kita sendiri… n tak semua debit kad ada fungsi ni… kelebihannya yang lain2 tu kebanyakannyer ATM kad biase pun ade…

    adam : mmm tu tak sure… tp for sure aku pakai kad ni nak wat internet transaction je, sbb aku xmo pakai kad kredit… menyusahkan dan menggatalkan tgn aku tuk berbelanja lebey, dan juga bisa jadikan aku ahli Persatuan Bujang Muflis lebih cepat!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s