Wiken-wiken biasa


Penjawat swasta (bujang) menitik-beratkan pengisian waktu-waktu hujung minggu pada tahap maksimum.
Berbanding penjawat “belah sana” (bujang) yang selalunya tidur sampai tengahari pada Sabtu mahupun Ahad,
penjawat swasta biasanya merancang-rancang aktiviti dengan rakan sejawat lain seawal berminggu-minggu lamanya,
bermula aktiviti selepas waktu pejabat hari Jumaat hinggalah malam hari Ahad sebelum bekerja kembali pada Isnin
keesokan harinya. Ini pasti kerana rutin kerja 5 hari seminggu yang menggilakan, dan orang-orang seperti kami
hanya diberi 2 hari sahaja untuk merawat (kalau boleh) atau setidak-tidaknya melegakan kegilaan. Apabila perancangan tiada, hmmmm resah gelisah rasanya… Ahhhhh !
[Perenggan pembukaan diatas saje je nak perli rakan penjawat “belah sana” yang sukaaaaa sangat tidur sampai tengahari pada Sabtu mahupun Ahad! Hahahahahaha Harap terasa! :p ]

Sabtu lepas berjaya juga mencipta peluang menghabiskan hari minggu apabila cikgu zapin aku yang juga staff IB mengajak aku ke Perkampungan Budaya Terachi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pegawai syarikat minyak turut aku ajak mengisi kekosongan tempat duduk kenderaan pacuan 4 roda bagi menemani perbualan cikgu kami yang terkenal dengan borakan non-stopnya, namun apakan daya suku perjalanan dia sudah tewas ditempat duduk belakang diulit mimpi. Tinggallah aku mencipta tajuk2 bualan yang whatever laaa

Aku terlalu bersyukur dengan perjalanan ini. Satu, sebab ini pertama kali aku melalui Bukit Putus yang SERAM GILA itu! Malam2 pulak tu! Dua, sebab highway yang dibina menggantikan Bukit Putus akan siap tahun depan, jadi aku merasa jugaklah melalui jalan raya paling seram di Malaysia. Kalau tidak, mungkin aku tidak akan mengenal erti LENCONGAN MAUT dalam erti kata sebenar-benarnya! Memang maut gila aahh! Tabik Bukit Putus!

Perjalanan dari KL ke Kuala Pilah mengambil masa sejam je! Kami berjaya membuat kejutan buat junior-junior yang bakal membuat persembahan disana sempena program anak angkat apa-apalahsahajanamanyaakutakpasti dengan mengatakan kami tersesat kesitu, tiba-tiba nampak macam ada keramaian lalu datang menyinggah. Persembahan caklempong daripada Kumpulan Yayasan Negeri Sembilan sungguh mengagumkan! Tak sia-sia perjalanan maut ditempuh demi peluang mendengar persembahan mereka yang hebat nan profesional, sehinggakan pemain-pemain caklempong UIAM tampak melopong dikanan pentas menghayati pukulan-pukulan ahli yayasan yang laju, tangkas nan tuntas tapi muka selamba macam tengah sidai kain pagi-pagi hahahaha. Memang best lah!

Persembahan yang lain-lain daripada team UIAM macam biasalah caklempong gamelan angklung dan zapin. Penampilan pertama 3 ahli zapin UIAM diiringi 2 senior tidak mengecewakan. Mempertaruhkan Zapin Putar Alam, mereka boleh diaanggap power sebab baru pertama kali berzapin dikhalayak ramai dengan zapin yang boleh tahan susahnya bagi orang baru! (Aku pun tak sure boleh catch up dengan zapin ni kalau ia zapin pertama yang kami pelajari) Hahaha Koreografi pusingan kipas satu bilah (kipas potong rumput) agak menjadi sebab noticable oleh pegawai syarikat minyak hehehe biasalah tak cukup orang, buat satu bilah je, berbanding empat bilah oleh YWJ sewaktu FTK 2007 ngeh3

Tidak dilupakan persembahan TEROMBA dan TERASUL/SERASUL salah satu genre puisi klasik oleh masyarakat Minang oleh ahli akademik UPSI (tak ingat nama) yang aku pasti orang tempatan Negeri Sembilan. Untuk pertama kali aku merasakan puisi disampaikan diiringi hilai tawa penonton yang juga dikalangan orang Negoghi, sebab isinya terlalu ringkas namun disampaikan dengan cara terlalu bersahaja dan merendah diri. Dan sudah pasti dalam telo Negeri Sembilan, yang membuatkan kami tercengang2 memahami apolah yang digolak eh..šŸ™‚

Hidangan percuma buat tetamu berupa gulai kerbau (kot), sayur kobis, petai mentah dan nasi putih terpaksa aku pandang sahaja cikgu aku menjamahnya sebab perut aku sungguhlah penuh! Ish menyesal la pulak makan sebelum perjalanan tadi.

Kami beransur meninggalkan Terachi selepas majlis tamat dan sampai KL dalam jam 12 tengah malam. Bersedia untuk memikirkan rutin Ahad esoknya.737472

….

Esoknya, hmmmmmmmm sedih! Kolam renang masih tidak dibuka kepeda perenang-perenang amatur seperti kami! Seperti biasa aku ditemani rakan rekreasi membelasah perut yang tak sempat dibakar lemak-lemaknya dengan menjamah nasi lemak. Balik pula membelasah sendi urat semua membuang tinggalan-tinggalan pusaka rakan serumah yang sudah berpindah keluar, namun tak reti-reti nak buang sendiri barang diorang. Alhamdulillah setelah berjaya menjual kepada aunty suratkabarlama segala surat khabar, buku-buku, kotak-kotak, majalah2 termasuklah 3 monitor, 3 CPU [termasuk CPU ku, yang tak sempat aku bye2… mujur juga sempat aku keluarkan harddisknya.. isk3], satu scanner, satu speaker/sub-woofer… dapat lah RM60++, demi mengurangkan kesesakan mata. Akhirnya bergema bagai dalam gua lah ibaratnya apabila kami bersembang-sembang sebab ruangtamu dah kosong macam baru dapat kunci rumah baru hehehe.

7071Bila dah kosong macam ni mula lah nak beli sofalah, carpet lah.. macam2

Petang, mulanya nak melakukan aktiviti tak keluar duit [berenang], tapi sebab malas, akhirnya kami membuat keputusan membeli THE TASTIEST THING ON EARTH. Nyam3 Sedapnya!!!!!! Nasib baiklah aku bukan jenis cepat panas kalau makan durian, makan lah banyak-banyakpun.. rase macam makan ais krim lazat! Yes! Begitulah berakhirnya hujung minggu kami.

7677Durian tak sabar-sabar nak keluar…
78Ya Allah, terima kasih atas ciptaan durian!

6 thoughts on “Wiken-wiken biasa

  1. betul3.. sejak jd org swasta ni, sabtu ahad pun aku bgn awal pg. kalau dulu tengahari br celik mata haha. so setiap sabtu ahad mesti ada program. paling malas pun window shopping, tgk wayang atau online kat rumah hehe.

    mana video show tarachi aritu? xdpt lg ke? jeles aku sbb still x dapat buat show zapin putar alam!

    ermm besor jugak rumah ko ek. ko x teringin nk wat kenduri jemput aku dtg ke? hahaha~

    sekian terima kasih.

  2. nizam : tu la, nak tunggu ahli “qariah” kite dapat berkumpul demi satu passion yang sama amatlah susah sejak dua menjak ini, prioriti masing-masing dah berubah, namun tetap tak menghentikan kita dari terus menyimpan cita-cita itu dan mengharapkan suatu hari akan tercapai juaaaaa, jangan berhenti berharap mcm shila on 7 k!

  3. ikram : ko mempunyai kepakaran spontan membuat ayat yang berima yang kedengaran kelakar tetapi masih munasabah.. ala2 mcm “antara kerjaya dan meningkat berjaya” la hahahaha

    nizam : ikram ni mmg super sensisitif orgnyer, org seni la katakan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s