Berkongsi itu memuaskan!


Aku mengisi masa menunggu anggur-anggurku tumbuh merimbun dengan menerima pelawaan cikgu sekolah anak syarikat universitiku untuk mengajar buat ke sekian kalinya pelajar-pelajar yang sedang bersiap untuk Majlis Anugerah Tahunan mempersembahkan tarian zapin. Pelajar lelaki tahun 6 yang bakal diajar ini merupakan pelajar yang sama pernah aku dan seorang rakan sepasukan ajari ketika mereka dalam darjah 4 dahulu.

Kelas pertama kami adalah di Multimedia Room yang mana aku harus mengajar mereka di hadapan semua pelajar lelaki dan perempuan tahun 6 yang terlibat dalam persembahan lain, bersama guru-guru pembimbing mereka yang kesemuanya perempuan termasuklah Guru Penolong Kanan HEM. Malunya usah nak katalah! Pengalaman mengajar mereka 2 tahun yang lalu juga pengalaman mengajar ahli junior pasukan universiti mengurangkan kekokku. Sebelum itu, aku menunggu dalam bilik itu menyaksikan ujibakat bagi menentukan pemegang watak Puteri Gunung Ledang, dengan skrip ringkas berbahasa Inggeris tertulis di papan putih, seorang demi seorang mencuba (sebut “dipaksa”). Ada yang ok, ada yang over, tak kurang ada yang keliru jual mahal orang dulu-dulu pembawakannya berbeza dengan kekwat perempuan sekarang yang tergedik-gedik! Hahahaha

Peristiwa guru menengking murid-murid yang bising bersembang-sembang ketika ujibakat berlangsung dengan kata-kata kesat dalam bahasa Inggeris sungguh menjadikan jantungku bagai nak tercabut! Tak pernah aku terfikir guru yang sepatutnya menjadi contoh kepada anak murid mengucapkan kata-kata sedemikian hanya kerana mahukan anak murid senyap sunyi! Risik punya risik, menurut kata anak murid aku, cikgu yang sama malah pernah menunjukkan isyarat mengangkat jari tengah kepada pelajar! Hmmm, mujur anak murid pun tahu apa yang cikgu mereka buat itu memang perkara terkutuk. Mungkin terkesan dengan didikan di rumah, tahniah kepada ibu bapa mereka.

Cabaran mendidik kanak-kanak ialah mengekalkan tahap fokus dan perhatian mereka terhadap apa yang ingin kita sampaikan. Kalau tak kena cara, mereka lebih mudah berpaling melakukan perkara lain, bermain, malah berlari-lari keluar kelas! Sememangnya meninggikan suara amat membantu (bukan menengking, tapi menguatkan volume sahaja), tetapi kalau dah setiap kali pun harus ditinggikan, tewaslah peti suara yang rapuh ini. Lepas kelas terus jadi suara Ella, serak serak basah.

Perkara lain yang aku cuba tekankan kepada mereka ialah jangan memaksa diri melakukan sesuatu, apatah lagi kalau menari yang sepatutnya menghiburkan diri dan orang lain, akan menjadi segmen bermasam muka dan menyampah ditonton. Jadi, awal-awal lagi aku nasihatkan kalau rasa terpaksa atau memang tak minat, tak payahlah sertai kelas aku. Rakan-rakan mereka yang memahami turut menyampuk mengatakan nanti menari tak enjoy! Nasib baik ada yang sedikit matang. Hehehe

Namun itu tak menghalang aku untuk membuktikan menari bukanlah sesusah yang disangka, malah boleh jadi hiburan dan senaman dalam masa yang sama. Sudah pasti akulah yang harus mempersembahkan kepada mereka rutin-rutin tarian dengan satu lagu penuh, lagu yang akan kami gunakan semasa persembahan nanti. Ya Allah, dengan pertambahan 5 kilo selepas Aidilfitri, Tuhan sahaja yang tahu betapa berusahanya aku menyembunyikan nafas yang tercungap-cungap selesai sahaja demo!

Baru sahaja selesai menumpahkan kesemua rutin tarian yang akan digunakan kelmarin, jadi tumpuan seterusnya ialah membetulkan postur dan melatih mereka menari dengan tepat mengikut tempo.

Anak-anak murid aku ni memanglah nakal tak boleh nak kata. Tapi kenakalan merekalah yang memberi cabaran sebenar bagiku juga menghiburkan, berbanding melayan kerenah orang dewasa yang biadap tak tentu masa dan menyakitkan jiwa juga otak! lalalalalaDSC01297

Teori seiring praktikal.
DSC01329Gila tak? Hahaha

2 thoughts on “Berkongsi itu memuaskan!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s