J dalam kenangan [Part 1]


Assalamualaikum.
Entry “J dalam kenangan Part 1, 2 & 3” pernah dipaparkan di blog saya atbk.com, tapi blog tu dah kena suspend, sebab bandwidth terlebih and saya kene upgrade… sudahnya aku malas nak pikir…. lantak kan… so, kembali menggunakan blog percuma ini.

Saya post semula entry ni sekadar nak ingatkan diri saya dan kawan-kawan yang kenal dirinya akan betapa baiknya dia dengan kita semua, and malam tadi merupakan ulang tahun pertama pemergian dia. Semoga dengan kita mengingati dia, kita tak lupa berdoa kepada dia.

Saya hanya menyemak semula ejaan, dan menggantikan beberapa perkataan. Entry ini ditulis dan dipost di blog lama saya selang beberapa hari pemergiannya tahun lepas.

So, entrynya bermula dari sini. :-

Matrikulasi Undang-undang UIAM

Mengenali dia seawal pengajian di Matrikulasi Undang-undang UIAM PJ. Dia popular, dengan keramahan, keceriaan dan kegilaannya. Ramai kawan-kawan aku berkawan dengan dia, terutama kawan-kawan yang pernah sekelas, sebilik atau seprogram dengannya. Aku? aku hanya kenal dia sebagai Jay, dan aku dan dia tak pernah pun bertegur sapa semasa di sini. Well, aku kan dengan tagline aku ‘Aku tunggu orang lain tegur aku’ Haha… taklah, aku ada inferiority complex di bawah kategori ‘sukar memulakan perbualan dengan orang baru’… kat mana-mana pun, sampailah sekarang. (sedih)

Main campus, UIAM Gombak

Taaruf Week, kebetulan dia, aku dan beberapa teman rapat sewaktu matriks sekumpulan. So, kami kenal di sini, atau lebih tepat lagi, orang popular (dia) kenal orang tak popular (aku) semasa program ini hahaha Tak boleh nak recall apa-apa yang penting kecuali satu insiden saya terpijak (atau something like that) tangan kawan sekumpulan; Kimi dalam satu program outdoor semasa Taaruf Week itu, dan saya memegang tangan Kimi melihat-lihat kalau ada sebarang kecederaan dan beriringan dengan insiden itu spontan teguran dari dia di tengah ramai yang melihat tidak jauh, ‘Eee macam pasangan kekasih!’ Sentap, aku lepaskan tangan dan tidak memberi sebarang komen. Dalam hati, takde insurans juga mulut mamat ni ya… demm! (Well, selepas itu memang banyak lagi la insiden mulut takde insurans dia). Aku lebih ingat insiden aku mengisi borang kuning PTPTN semasa slot PTPTN Taaruf Week dekat 10 kali kerana salah menulis nama, sampaikan Kimi yang duduk sebelah tolong-tolong ejakan nama aku… hahaha sampai nak menangis ulang alik ke depan auditorium semata-mata nak isi semula borang kuning tu.

Ambil gambar untuk Matric Card

Haa, masa inilah dia semakin rapat dengan saya, apabila sedang beratur beramai-ramai. Baru beberapa hari selepas Taaruf Week berakhir, dan masa ini pun pastilah ramai lagi orang-orang dalam barisan itu yang saya tak kenal kecuali dua atau tiga rakan saya yang sama giliran mengambil gambar untuk kad matrik tersebut, di ROVAS. Saya ingat ada signage ‘POLAROID’ di luar kaunter membuat kad matrik itu. Saya mencukur misai saya untuk sesi fotografi itu, mungkin semasa Taaruf Week saya bermisai, lalu dengan tiada kawalan suara atau tingkahlaku, dia yang kebetulan sedang berbaris juga menegur saya dihadapan orang lain, ‘Wahhh, ko nampak muda la….’ dan dia tidak berhenti-henti menyatakannya sambil tersenyum-senyum melihat wajah saya sampai saya naik malu! hahaha…  dan kami mula rapat sejak itu.

Selalu juga bila lepak-lepak di masjid sementara menunggu kelas selepas Zohor atau solat Jumaat dia akan datang bertegur sapa dengan kawan-kawan yand dikenalinya dan apabila tiba giliran saya, dia akan bersalam sambil mengucapkan dengan bersungguh-sungguh “I miss you!” dan selalunya saya jawab, “I miss you not!”  haha

Telefon bimbit

Saya agak terkebelakang dalam pemilikan telefon bimbit, malah pada tahun-tahun awal pengajian di kampus utama UIAM, ketika ramai kawan-kawan sudah mempunyai telefon bimbit, saya pula masih terkial-kial menghafal semua nombor-nombor penting orang lain yang saya akan dail di telefon awam yang ada di blok-blok mahallah kami menggunakan duit syiling untuk menghubungi mereka. Pernah sekali dia seolah-olah tak puas hati kenapa saya tidak menghubunginya untuk sesuatu perkara (yang saya sudah tak ingat) dan saya memberi alasan saya tidak menghafal nombor telefon dia. Lalu dengan sinis dia yang ketika itu di bilik saya mengambil pensel dan menulis nombor telefon dia di merata-rata tempat dalam bilik saya, termasuklah di dinding dan yang paling saya ingat, di cerek elektrik saya! Hahaha dia memang kelakar.

Dialah juga yang meneman saya membeli telefon bimbit pertama saya di Pertama Complex… jadi bagaimana saya dapat lupakan dia?

Kena dera?

Dia ada parut di belakang badannya. Parut itu saya kira agak mengerikan, seolah-olah luka akibat dilibas dengan besi panas yang tajam. Mana mungkin saya berani bertanya kepadanya apa yang berlaku, mungkin saya akan menyebabkan dia menangis terkenang kisah lampau di zaman kanak-kanak beliau… owhh tidak sekali-kali. Entah bagaimana akhirnya saya beranikan diri untuk bertanya, dan punyalah hampeh apabila jawapannya ialah, ‘Ini parut kena kayap lah!’ hahahahaha

Tapi zaman kanak-kanak beliau juga sememangnya menyedihkan. Bukan maksud saya dhaif atau apa, cuma banyak kenangan yang saya kira dia sangat kecewa setiap kali berkata-kata mengenainya. Pernah dia beritahu, ayahnya pernah menolaknya jatuh ke tanah dan mengotorkan baju sekolah yang dipakainya hanya kerana dia mengadu mengenai sesuatu kepada ayahnya pada pagi sebelum ayahnya menghantarnya ke sekolah. Malah dia pernah membuat kenyataan bahawa dia masih belum memaafkan ayahnya untuk banyak perkara.

Tapi itu dulu, dan saya tahu dia sangat-sangat sayangkan ayahnya seperti ayahnya menyayangi dia, malah dia tersangat-sangat sayangkan kesemua ahli keluarganya, dan dia bersungguh-sungguh bercerita kepada saya latar belakang keluarganya, betapa sayangnya dia pada ibunya yang dipanggil “Chik” itu, betapa menitisnya air mata dia bila dia menceritakan dia pernah terguris dengan sikap biadap salah seorang ahli keluarganya terhadap Chik nya, betapa dia kasihankan kakaknya yang sudah terlalu lama tinggal sendirian menjaga ibu bapanya di kampung dan selalu sahaja ada benda yang ingin diberikan kepada kakaknya yang seorang itu demi untuk menggembirakan dia setiap kali pulang ke kampung, betapa dia pernah terfikir untuk menggantikan kembar seirasnyanya menduduki peperiksaan untuk membantu abang kembarnya memperoleh keputusan yang lebih baik, betapa dia sangat berbangga dapat menamakan anak saudaranya dengan nama Nurah, dan dia berulang-ulang kali menyebutnya dengan sebutan arab yang betul di hadapan kami, betapa dia sayangkan anak saudaranya di Kuala Lumpur yang pandai berbahasa inggeris dan menegurnya baik-baik supaya mengenakan tudung ketika membaca al-Quran dan banyak lagi. Dia selalu mengingatkan saya supaya menyayangi ibu bapa saya sementara mereka masih hidup ini, bagaimanalah lagi saya dapat lupakan dia?

Fesyen

Dia sangat kemas ok!!! Dia ada cara tersendiri melipat stokin-stokinnya yang berpasang-pasang itu. Stokin sepasang itu akan jadi macam bulat-bulat dengan cara lipatannya yang tersendiri dan disusun rapi di dalam lokernya. Dia selalu berleter kalau hari dia melawat bilik saya masa tu bilik saya macam tongkang pecah (sambil melihat sekeliling bilik saya sekarang haisshh masih tak berubah pun haha) dan akan menyebut, “Bilik mung ni sokmo serabut!”

Pernah sekali sewaktu aku dan dia duduk-duduk di kafe Kulliyyah Ekonomi sementara menunggu kelas seterusnya, dia bercerita panjang lebar mengenai seluar jeans, mengenai ragam dan pembawaan orang-orang Terengganu terhadap seluar jeans dan macam-macam lagi mengenai seluar jeans sahaja yang saya pada ketika itu berkata dalam hati ‘Ya Allah, ada orang macam ni??’ tapi saya layankan sahaja, walaupun dalam hati meronta-ronta owhh saya nak tutup telinga!! haha

Saya tahu terma ‘seasoned’ pun dari dia, merujuk kepada jeans lusuh yang menjadi kegilaan peminat jeans. Dia juga pernah memberitahu kembarnya, Pi, malah mengikis-ngikis hujung kaki jeans yang baru dibeli dengan pisau semata-mata untuk mendapatkan efek seasoned jeans dan tak nampak baru! owhh saya tidak sangka peminat jeans akan bertindak sejauh itu!

Dia juga membelikan saya sepasang jeans di Pakistan yang saya tempah daripadanya demi meraikan peng-kurus-an saya pada tahun lalu hahaha dan sepasang lagi sebagai ‘yard stick’ atau lebih tepat motivasi untuk lebih kurus (terutama di bahagian peha), dengan membeli jeans bersaiz 32. Dia pernah mengingatkan saya supaya jangan berhenti berjogging nanti tak boleh pakai jeans saiz 32 tu… hehe Jadi setiap kali pun saya akan cuba memakai seluar jeans bersaiz 32 itu bagi mengukur keberhasilan senaman saya, jadi… bagaimanalah saya dapat lupakan dia?

Kreatif

Saya tahu saya lebih kreatif daripada dia (chewah) tapi dalam beberapa perkara sememangnya saya sangat-sangat mencemburui dia. Dia pandai menjahit baju melayu dan baju kurung, saya tidak. Tak tahu langsung menjahit! Kalau cuba-cuba pun mesti jahitan tak tahan lama, tetas dan sebagainya haha Dia pandai memasak, saya pandai juga tapi tidak sepandai dia. Dan dia pandai menulis dalam laras bahasa yang rasmi tanpa perlu menyelitkan bahasa rojak dan menjadikan penulisannya masih seronok dan membikin pembaca saban perenggan makin suka membacanya, saya? Entahlah, bagi saya macam susahnya nak bagi penulisan tu menarik tanpa terselit sikit-sikit bahasa rojak, tetapi tidak bagi dia. Dia memang power! Blog beliau Nafastari sebagai bukti. Tak percaya pi baca kat sini!

Tulisannya pernah disiarkan dalam akhbar Berita Minggu tak silap. Nak tahu, sebenarnya tulisan dia dihantar kepada Ruangan Pembaca, sebab dia yang memang suka mengkritik dan membuat aduan mengenai apa-apa sahaja yang dia tak puas hati teringin sangat meluahkan kekecewaan terhadap sikap orang Melayu Islam di UIAM, tetapi editor akhbar memilih untuk menyiarkan ‘aduan’ dia dalam Ruangan Agama! Aku sangatlah respect dia dan saya memang rasakan tulisannya itu terlalu baik untuk disiarkan di ruangan pembaca, dan selayaknyalah editor memilih menyiarkannya di ruangan agama, dan dia sangat-sangat gembira mengenainya! Senyum tak sudah-sudah! Dia pernah memuatkan semula tulisan itu ke dalam blognya dengan entri berjudul Muslimah Bertelekung Hitam.

Dan walaupun tulisan tangannya tak banyak jenis (satu jenis je pun haha) bagi saya dia antara kawan saya yang mempunyai tulisan tangan yang sangat cantik! Dan saya paling suka pinjam nota kuliah dia disebabkan tulisan cincai dia mengambil nota-nota sewaktu di kuliah masih kemas dan cantik dan senang dibaca hehe

Raz

Dia yang menemani saya semasa latihan pertama saya bersama kumpulan pemantun universiti. Dia bukan pemantun, tetapi dia kenal beberapa orang pemantun senior kerana sewaktu di matriks dia merupakan orang penting Grup Penggiat Sastera (Getar), Presiden ok! Dia yang sememangnya tiada perasaan segan silu memperkenalkan saya sebagai “Raz” kepada senior-senior pemantun, yang juga dihadiri oleh pemantun satu batch saya, yang juga latihan pertama mereka iaitu Nizam dan Johan. Saya tak sempat melarang atau tidak bersetuju dengan ‘penipuannya’ tetapi Kak Nora terus sahaja memanggil saya Raz sepanjang latihan itu, diikuti teman-teman pemantun lain. Melekatlah nama Raz sebagai salah satu nama timangan saya, bermula dari pemantun, sampailah kesemua ahli-ahli kelab-kelab kesenian yang lain memanggil saya Raz, junior-junior pantun dan zapin, sampailah sekarang…. bagaimanalah lagi saya dapat lupakan dia?

Pelawak

Dia semulajadi seorang yang kelakar… statement apa pun yang dibuatnya kadang-kadang kedengaran remeh tapi entah macam mana kalau dia yang menyebutnya menyebabkan kita ketawa atau paling tidak tersenyum… dialah yang memperkenalkan keluhan “Panasnya Malaysia!” setiap kali berjalan-jalan di tengah panas di UIAM, konon-konon berlagak dia berasal dari luar negara dan mengeluh mengenai cuaca panas negara kita. hahaha dan Malaysia yang semakin panas kesan daripada pemanasan global menyebabkan saya semakin kerap mengucapkan, “Panasnya Malaysia!” jadi, bagaimanalah saya dapat lupakan dia?

Dia seorang yang sangat ceria dan mudah menceriakan orang lain, malah dia punya style ketawa tersendiri, ketawa besar yang sangatlah buruk tetapi kelakar didengar! hahaha bagaimanalah saya dapat lupakan ketawa itu?

Sensitif

Seperti kebanyakan manusia-manusia yang lahir pada bulan September, dia sangat sensitif orangnya. Tetapi, kadang-kadang wayar sensitif dia mungkin terputus, yang menyebabkan dia mengguris hati orang lain tanpa sengaja. Pernah dia menegur seorang kawan di kafe mahallah bertanyakan kenapa kawannya itu berjalan terjengkot-jengkot, cedera atau apa? Lalu kawan itu memberitahunya bahawa sememangnya dia jalan begitu sejak lahir, dan dia menceritakan kepada saya kejadian itu dengan penyesalan yang amat sangat haha

Saya pernah menceritakan pada dia mengenai masalah kewangan yang saya hadapi sewaktu duduk-duduk berborak di biliknya, dan spontan dia mengeluarkan sekeping sepuluh ringgit dan menyuakan kepada saya untuk dipinjamkan. Saya yang terkejut (dengan bodohnya) menyebut ‘Aku hina kalau menerima duit itu!’ dan dengan wajah berubah kecil hati dia menyimpan semula duitnya dan menyebut betapa sampai hati aku berkata begitu pada dia. Saya serba salah lalu menjelaskan bukan saya maksudkan menghina  dia tapi saya tahu dia jauh memerlukan wang saku berbanding saya, sedangkan saya mudah sahaja mendapat wang saku daripada ibubapa kalau saya mahu (pastilah setelah dileter dalam telefon terlebih dahulu sebab tidak berhemah dalam berbelanja), tetapi bukan dia, saya tahu latar belakang keluarganya, jadi saya anggap saya adalah kawan yang tidak baik kalau membiarkan kawan lain yang saya tahu susah mendapatkan wang saku membiarkan mereka meminjamkan wang kepada saya… apapun saya kesal menggunakan perkataan ‘hina’ kepada rakan saya yang sensitif itu… haisshh

Pernah beberapa kali kalau berjalan di UIAM dengannya pasti dekat 10 kali dia berhenti kerana kawan-kawannya (yang bukan kawan-kawan saya) bertegur sapa dan berbual barang sepatah dua. Dan beberapa kali juga saya meninggalkannya di belakang kerana saya malas menunggunya, dan beberapa kali jugalah dia mengejar saya semula untuk berjalan seiringan. Pernah juga saya akhirnya sampai ke bilik saya setelah jauh saya meninggalkannya berbual dengan rakan-rakannya, tetapi dia akan pastikan dia singgah ke bilik saya terlebih dahulu di Mahallah Ali untuk meminta maaf (yang saya rasa tak perlu pun) sebelum dia pula balik sendirian ke biliknya di Mahallah Faruq… Haissh, dia… dia…

Rehlah

Kami berkongsi minat sama pada aktiviti luar bersama alam semula jadi. Pernah sama menyertai ekspedisi berakit di Sungai Nenggiri, Gua Musang dan juga merentas hutan beberapa malam di Besut.

Saya juga pernah bermalam di rumahnya di Setiu, mencemburui pantai putih bersih yang boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki dari rumahnya. Dan dia juga pernah bermalam di rumah saya, berkenalan dengan semua ahli keluarga saya dengan keramahnnya, memanggilnya abang Pa (sekurang-kurangnya saya berjaya juga mencipta nama timangan untuk keluarga saya memanggilnya haha) jadi… bagaimanalah kami dapat lupakan dia?

Bulan lepas sewaktu berbual di facebook, spontan dia memberitahu rancangannya untuk berjalan-jalan bersama isteri dan anak-anaknya ke Istanbul, Turki dan singgah di Dubai sebelum balik semula ke Pakistan. Dan saya sangat berbesar hati bila dia menjemput saya untuk turut serta, malah menawarkan untuk menanggung kos penginapan saya semuanya. Saya hanya perlu membeli tiket sahaja dan membawa wang belanja di sana. Kawan mana yang tak gembira kalau dapat tawaran macam tu? Namun akhirnya saya terpaksa menolak tawaran dia sebab kekangan peruntukan kewangan, walaupun beberapa kali saya ‘menjerit’ kepadanya dalam ruang sembang selepas daripada itu bahawa betapa saya NAK IKUT!!!! dan dia hanya ketawa sahaja… dan Istanbul sememangnya destanasi percutian impian saya, bagaimanalah saya dapat lupakan tawarannya itu?

Trauma

Dia sangat-sangat takutkan kucing. Pernah ketika saya telah selesai bersolat di kala kami bermusafir di koridor satu masjid, dan dia masih menyudahkan solatnya tidak jauh di hadapan saya. Tiba-tiba entah dari mana datang seekor kucing mendekatinya ketika dia sedang masih bersolat, dan saya hanya memerhati dari jauh reaksi dia. Kelihatan dia berusaha menjauhkan diri dari kucing tersebut dengan merapatkan kaki dan mencondongkan badan ke kiri sewaktu dia masih qiyam hahaha Saya tak ingat bagaimana kesudahannya, namun saya percaya dia berjaya menyudahkan solatnya dengan aman. Dan saya fikir terhenti di situ sahaja, rupa-rupanya bila saya pernah menunjukkan padanya betapa comelnya hamster di dalam sangkar di kedai haiwan peliharaan, dia tidak teruja langsung, dia memang tak berminat pada binatang yang berbulu seperti kucing, arnab mahupun hamster. Dan dia beritahu saya betapa dia bertuah isterinya pun tak berapa suka pada kucing, malah anak sulungnya pun sudah mula menunjukkan tanda-tanda takut kucing!

Salah satu tulang pehanya pernah patah sewaktu kecil, peha kanan kalau tak silap, dan dia selalu mengucapkan konon-konon dalam nada mengeluh dan malu bahawa kakinya pendek sebelah sebagai akibat daripada kecederaan itu, ‘Sebenarnya orang ingat aku perfect, tapi aku tak perfect pun!’ sambil melihat-lihat diri di cermin dan membetulkan pinggangnya yang sedikit senget untuk mendapat figure konon-konon itulah figure sempurna dia kalau tulang itu tak patah hahaha ini adalah salah satu insiden putus wayar dia, dan kami seperti biasa layan dengan ketawa sahaja. Dia yang pernah mengikuti kursus ‘bronze medal’ untuk life saver sport complex UIAM memberitahu dia gagal menyempurnakan satu rutin penting iaitu terjun ke dalam air sebab trauma dengan kecederaan di peha itu. Saya tidak ingat dia akhirnya berjaya atau tidak memperoleh sijil itu. Yang pasti dia akan selalu mengadu lapar setiap kali selesai latihan pada waktu malam pulang dari kolam renang.

Kalau tak puas hati, dia akan buat sampai hatinya puas

Dia pernah memarahi petugas di SOGO di hadapan kami dan pelanggan-pelanggan lain hanya kerana petugas itu terlupa untuk menanggalkan tag keselamatan daripada sling bag kelabu berjenama Camel yang dibelinya di SOGO, yang menyebabkan setiap kali dia meninggalkan atau memasuki premis niaga lain, penggera di pintu keselamatan premis-premis itu akan berbunyi.

Dia pernah ‘mengheret’ seorang pengawal keselamatan UIAM ke perbicaraan tatatertib oleh Unit Undang-undang UIAM kerana tidak puas hati yang amat sangat dengan tingkah laku kurang profesional pengawal keselamatan tersebut, dan telah menyebabkan pengawal keselamatan itu ditukarkan daripada menjaga pintu utama UIAM ke mahallah pelajar perempuan!

Dia juga pernah memarahi penumpang bas ekspres sewaktu pertama kali menaikinya untuk perjalanan ke utara pantai barat (iaitu ke kampung halaman saya di Perak) hanya kerana penumpang itu tidak mahu berganjak daripada tempat duduk yang telah tertulis di atas tiket bahawa tempat duduk itu dia yang punya. Saya sangat bersalah sebab saya lupa menerangkan kepadanya memang kebiasaan pada masa itu penumpang-penumpang di pantai barat terutama bas-bas cap ayam tak kisah duduk di mana-mana tempat duduk walaupun telah tertera di atas tiket mereka (biasanya dengan pen sahaja) nombor tempat duduk yang khusus. Ini sudah menjadi kebiasaan dan ramai penumpang menerima kebiasaan ini tanpa banyak membantah.

Setelah tamat pengajian, dia menyambung sikapnya yang suka mengkritik ke dalam bentuk tulisan di entry-entry blog beliau pula!🙂

Banyaknya perkara mengenai dia yang saya kongsi bersama-sama secara peribadi dalam hidup saya, bagaimana dapat saya lupakan dia?

 

One thought on “J dalam kenangan [Part 1]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s