happy anniversary to me!


Hari ini genaplah setahun blog saya tak ber’update’.

Genaplah 2 tahun jugak sahabat saya Jay a.k.a. Nafastari kembali ke rahmatullah.
… and, entry2 beliau telah pun dibukukan!
Dengan judul “Diari Seorang Diplomat : HIKMAH YANG TERSIRAT”
buku ini berjaya diterbitkan melalui inisiatif isteri beliau sendiri
MawarNafastari oleh Gelari Ilmu Sdn. Bhd.
Boleh beli online di sini klik!
cover diari seorang diplomat kecik

#Kerjaya
Bulan 3, 2013 ialah bulan ke 24 saya berada di firma guaman sekarang.
InsyaAllah akhirnya ada juga tempat kerja yang saya lekat selama 2 tahun.
Paling singkat ialah 2 minggu, di Sentulraya Boulevard
lebih kurang 4 tahun yang lalu! haha
Oddjobs? masih dan masih belum berjaya develop income part-time.
Jangan pernah berputus asa wahai diri!
Well, pernah sahaja sewakan my Shiro demi mendapat tunai dengan cepat,
so, kira part-time income jugalah walaupun bukan secara tetap. hihi

#Kerja menyibuk
Masih menyibukkan diri dengan benda yang tak wajib untuk saya sibukkan
iaitu tolong-tolong train budak zapin and pantun univ kesayangan.
Sekarang sedang mempersiap 6 orang junior nak berzapin di Uzbekistan
sebagai salah satu persembahan dalam rangka lawatan mereka selama
seminggu hujung bulan ini nanti, disamping tolong-tolong train
adik-adik freshies Nafastari dan mempersiapkan team pantun UIAM
menghadapi Pesta Pantun Bestari 2013 anjuran UM.
Kerja menyibuk yang sudah masuk tahun ke tujuh ini bakal menemukan
kawan-kawan muda yang lahir tahun 1993,
iaitu 11 tahun lebih muda dari saya.
Oopss, tidak dilupa taktik kelentong adik-adik bahawa saya masih
graduan tahun 3 LLB masih belum hilang bisanya [krik…krik…krik…]

#Kesihatan dan kecergasan
Fitness level pada tahap terendah dalam hidup dengan berat kekal
95 kilo sejak beberapa minggu yang lalu.
Sudah mula merutinkan rawatan alternatif berkala iaitu berbekam
menggunakan khidmat En. Kamarul [bekamkini.blogspot] yang boleh datang ke
rumah anda menservis badan anda yang lemau penuh toksin.
InsyaAllah akan terus berbekam sekurang-kurangnya 3 bulan sekali
memandangkan badan dah digunapakai sejak 30 tahun yang lalu
dan perlu kerap diservis bak kereta yang sudah tamat tempoh warranty.
Akan menyertai KL Marathon hujung bulan Jun ini kalau umur panjang,
disamping berusaha [yaaa like berusaha yang bukan di bibir semata-mata haha] untuk berjogging dengan lebih kerap setelah lama tinggal sejak berbulan-
bulan yang lalu.
Semasa entry ini ditaip my young friend zam dan asrul [bukan nama sebenar]
masih meyambung tidur mereka [rumah aku dah jadi transit kalau kami keluar lewat malam sebab UIAM tidak lagi membenarkan pelajar masuk ke kampus selepas pukul 1 pagi, tunggu lah kat luar pagar atau pergilah ke mana-mana sampai pukul 5 pagi baru boleh masuk kampus semula]. Berkawan dengan para
penidur pagi
selalu sahaja mematahkan hasrat menghirup udara segar
di tempat-tempat jogging di awal pagi hahahahaha

#Lawatan sambil belajar
Sepanjang setahun yang lepas berjaya menjejakkan kaki di
Phnom Penh, Ho Chi Minh City,
Melbourne, Sydney, Bangkok dan Medan.
Entah macam tak bernafsu nak buat entry pasal perjalanan di tempat-tempat ini. Terakhir, entry perjalanan ke Kinabalu pada 2011 masih ada dalam
folder draft di dashboard wordpress ini. Pemalas tahap gaban.
Next triplah kot haha

#Family
Alhamdulillah dah ada 4 anak saudara comel semuanya
sumbangan abang dan kakak ipar sulung kami. haha
Kahwin?
eerr.. emmm… hmmm… err.. [gaya Fat Amy]

#Dunia
Palestin masih belum bebas.
Saya sudah tidak bernafsu untuk ke McDonalds sejak serangan
terakhir Israel. Sekali sekala akan ke KFC atau BurgerKing melempiaskan
nafsu terhadap makanan segera seperti kebanyakan rakyat
Malaysia yang lain.
Umat Islam sedunia belum bertambah baik keadaannya, walaubagaimanapun
sangat berbangga dengan kejayaan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

#Malaysia
Tak sabar nak pilihanraya dengan harapan kempen-kempen
dapat direhatkan setelah kerajaan baru ditubuhkan tak kiralah dimenangi
BN mahupun Pakatan. Sejak 2008, hampir setiap hari adalah kempen.
Namun BN bakal mendapat tentangan paling hebat sejak kemerdekaan negara.
I can’t wait to see the outcome of my first general election.
Ya, saya terlepas 2 kali pilihanraya dan belum pernah mengundi lagi.  Haha
Islam terlihat semakin baik di Malaysia, dengan artis terbaru mengenakan
hijab ialah Siti Nurhaliza yang hebat itu. Tanpa ramai sedar
kejahilan turut berkembang pada skala yang sama sebenarnya.
Internet memainkan peranan yang sangat penting kepada perkembangan
Islam dan kejahilan.
Terima kasih kepada para pendakwah popular yang gigih berusaha memimpin
rakyat; Ustaz Asri, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don dan lain-lain.
Semoga Allah pinjamkan mereka lebih lama lagi insyaAllah.

#Overall
Bersyukur masih hidup,
atas semua yang berlaku, masih gembira.
Gembira tahap kalau terfikir mengenainya,
ada senyum terukir di bibir.
Gemuk yes. Saya gemuk. Saya tak berdisiplin.
Malah kalau saya naik hantu, lepas kerja saya akan singgah di restoran
makan malam sebelum memandu pulang, dan akan singgah makan
di restoran berhampiran rumah pula untuk makan kali kedua sebelum betul-betul memandu ke rumah pulang tidur zzzzz dengan perut penuh.
Gila.

Saya sayang semua keadaan.
Gembira, sedih, kecewa, marah.
Terima kasih kepada semua yang berada dalam keadaan-keadaan tadi untuk setahun ini.

Sabah pula sedang bergolak sekarang.
2 saudara seMalaysiaku telah menjadi korban.
Dengan berita penuh tak dapat nak tahu, saya bersama-sama
rakyat Malaysia yang lain mengharap
drama kebodohan pihak yang satu lagi yang merugikan umat Islam ini segera berakhir.

Akhir sekali, saya rasa… saya rasalah kan…
saya nak bukukan pantun-pantun tulisan saya sebelum
2013 berakhir. Ni antara pantun-pantun yang sempat saya karang
semasa lunch hour hari bekerja.

PANTUN 5 HARI BEKERJA

Saya berperi senandung hayat
Hayat putaran sang rama-rama
Lima hari menyambung hikayat
Hikayat ulangan cerita sama

Berkali-kali pun padi ku tampi
Yang singgah di mulut nasi seberang
Berhari-hari pun berangan bermimpi
Membelah laut ke tanah orang

Selagi hangat mekar bungaan
Selagi itulah pandangan terpikat
Selagi teringat cinta paksaan
Selagi itulah impian terikat

Ranumlah duku meneduh selasih
Mana yang jatuh mari diambil
Bukanlah aku nelayan kasih
Lama berjauh memukat hasil

Berpangkin menggalah buah dicita
Yang masak kuini yang muda pun kuini
Mungkin akulah petani cinta
Menyemai di sini menuai pun di sini

[atbk, 25.2.2013, subang jaya]

2013 berbaki 10 bulan sahaja lagi.
Ayuh gegarkan!
\(^_^)/

3 thoughts on “happy anniversary to me!

  1. bila baca pantun2 tuan, saya teringat dengan si dia. pendam lame2..last2 die dh fly overseas dh.dekat sne die masih single. susahnye nak carik macam die lagi. sampai sekarang takut nak meluahkan perasaan:(

    1. Saya suka jika pembaca dapat relate sesuatu dgn kehidupan mereka daripada pantun-pantun saya. Terima kasih🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s