Bertahan demi kecomelan


Jam di PC sudah menunjukkan 2.30 pagi. Tidak mahu terus tidur selepas mencuba-cuba theme baru blog ini, mahu juga rasanya merasmikan entri pertama dengan mood theme baru.

Pulang dari luar tadi selepas perjumpaan santai bersama teman yang bakal melangsungkan walimahnya hujung bulan ini,  Secret Recipe menjadi pilihan lokasi kerana mood yang selesa dan sesuai dengan poket yang sedang berduit haha. Aku menawarkan diri menjadi pengacara majlis; sebetulnya berniat ingin ‘pass’ kepada ‘junior’ UIA yang rajin ’emceeing’, tapi nampak gayanya memang kena jadi jugalah. Tengoklah macam mana.

Perkara-perkara ‘comel’ yang melibatkan kesukarelaan ini seolah butir-butir manik bergemerlapan yang menghiasi kain pakaian harian. Adanya rasa seronok, tiadanya bukan apa-apa, cuma sedikit bosan dengan rutin biasa. Bak kain kosong, masih ok jika digayakan tanpa gemerlapan kemasan sulaman.

Namun semacam ada ‘badi’ yang baik bila berdepan dengan ‘kecomelan-kecomelan’ dalam kehidupan. Kaitannya?

Rutin. Sebetulnya sejak Aidilfitri yang lalu, rutinku sudah berubah 360 darjah. Pertengahan puasa aku tidak lagi mengikat kerjaya dengan mana-mana majikan. Keputusan bekerja sendiri telahpun diambil, mungkin agak terburu-buru, tapi itulah bak kata emak “Kalau dah memang dalam hati nak begitu, biasanya jalannya pun akan begitulah.” Setelah sekian lama mencuba-cuba untuk bertukar tempat kerja, tiada satu pun berjaya, jadi terus sahajalah dengan ‘kegilaan’ ini.

Ya, ku akui bahawa aku sememangnya tahu ibu ayah bakal ‘menampung’ lubang-lubang perjalanan dalam menempuh bulan-bulan tanpa pendapatan. Boleh sahaja aku melihat diriku sebagai mengambil kesempatan, namun kalau mahu dilihat dari sudut kehambaan kepada Tuhan, harus aku percaya dan redha bahawa emak dan ayah membantu seikhlasnya, dan aku tiada pilihan melainkan berterima kasih pada emak ayah juga bersyukur atas takdir dan berusaha merealisasikan impianku demi tidak mensia-siakan bantuan juga sokongan emak dan ayah, walau pada mulanya mereka pun kurang bersetuju malah tidak yakin dengan pilihan anak ‘gila’ mereka ini.  Ibu ayah mana yang tidak risau, cliche tapi tak tersanggah kebenarannya. Seperti mana impianku yang sering  kugambarkan di minda, rezeki dan umur yang sampai nanti aku akan menolak kerusi roda emak bersama-sama bertawaf di platfrom tambahan di Masjidil Haram berbentuk bulat itu nanti bersama ayah di sisi. InsyaAllah!

Seperti juga diperingatkan rakan-rakan baik yang telah lama bertapak menjadi majikan kepada diri sendiri, hampir tiada kemanisan di tahun-tahun awal membina ’empayar’ dan betapa aku diperingatkan supaya bersabar dan terus bersabar. Masakan tidak, soalan-soalan seperti “Bisnes amacam?”, “Banyak dah fail?” dan sebagainya sememangnaya memberi tekanan apatah lagi daripada keluarga yang mengambil berat. Sumpah sekiranya bukan “degil” itu perangaiku, dah lama aku menyerah dan mula menghantar permohonan kerja semula ke mana-mana majikan yang bersesuian. Yakin? Memang tak yakin. Sabar? Tak tahu apa lagi tingkat-tingkat sabar yang ada. Masih berusaha bersabar.

Kalau pun satu masa nanti aku mengangkat bendera putih, telah nyata ketika itu ada yang mampu mematahkan kedegilanku.

Apa yang pasti, untuk waktu ini tidak kira berapa lama, aku harus bertahan. Kepahitan sekarang tidak semestinya juga tak mampu dilawan kepahitan esok, lusa atau pun bila-bila. Harus bersedia. ‘Prepare for the worst’ bak kata orang.

Yang nyata aku masih degil dengan impian dan kepercayaan ku. Sumpah, banyak sahaja keadaan yang mendorong untuk menghentikan semua ini. Terutamanya di saat-saat merasakan aku berseorangan dalam impian ini. Tiada yang percaya dengan ku. Patah hati bukan sekali, banyak kali.

Perkara-perkara ‘comel’ inilah yang menjadi penguat. Perkara-perkara yang mengingatkan aku, “I’m better than what I thought about myself.” Kawan-kawan yang baik. Keluarga yang menyokong. Anak-anak saudara yang comel-comel pun melupakan aku pada beban minda, its like they are telling me, “Pakngah we need the ‘crazy’ you to cheer us! Please don’t stop being ‘crazy’!”

Terima kasih kamu semua, perkara-perkara positif yang ada pada diri kamu atau yang sedang kamu alami telah terpalit kepadaku. Mungkin aku pernah ditempelak sebagai “tiada progress” [sebab tak kahwin-kahwin, sangat down masa tu], namun menjadi sabahagian cerita progress orang lain bagi aku tetap progress yang unggul pada diri sendiri. Mengacarakan majlis persandingan rakan sebagai contoh, melihat kejayaan rakan se-full-marathon mengenggam ‘finisher medal’ [walaupun aku tak sempat habis 10 km terakhir haha], menemani teman membeli bekalan ulat-ulat dari penternak untuk menyiapkan thesis master kejuruteraan biotech, mengambil gambar macam orang gila di taman tasik bersama rakan-rakan junior yang telah selamat bermajlis konvokesyen malah melihat telatah anak-anak saudara membesar di hadapan mata.

Jadi kenapa perlu menyerah diri sekarang?

Bertahanlah diri,
bertahan demi cerita ‘progress’ kita semua yang saling melengkapi!

*Maka dengan ini saya berikrar jika saya terlebih taip status FB panjang lebar maka saya mengharamkan diri saya memuatnaik status tersebut sebagai status FB pada masa tersebut dan mewajibkan diri saya untuk sebaliknya menulis entry baru di blog ini dengan buah fikir yang sama! Takbir!🙂

1450220_10202389042184238_119404359_n

One thought on “Bertahan demi kecomelan

  1. salam, hai..saya kawan nadia, peminat ATBK. maaf, saya yg hantar PM2 dekat encik alang tru fb nadia.dia tak bgi kacau fb die lagi. saya doakan en alang berjaya.harap keputusan untuk bekerja sendiri adalah yg terbaik. by the way, i am the one who unfren en alang from nadia’s FB to kenakan her.i apologize for dat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s