Hai 2015!


Ia bukanlah pelik kalau setiap kali pun setelah berbulan-bulan tidak update, yang disibukkan ialah memberitahu hal-hal terkini diri sendiri bagai press conference seolah-olah awak tu artis orang nak tahu sangat ke mana menghilang selama ini apa dibuat, apa hasilan.

Nah, ringkas:-
– gemuk gemuk dan masih gemuk, berjaya juga paksa diri join group senaman dengan orang muda…. aku rasa mereka takkan tahu umurku selagi aku sendiri tak beritahu… maklumlah aku kan nampak muda [muntah hijau]. Hey, I turun 6 kilo ye bulan pertama kbai
– iman dan amal, terlalu biasa~
– azam? ni haa depan dinding ni tertampal dah suku pertama nampaknya adalah juga tanda “right” untuk agenda-agenda yang berjaya dipenuhi [setakat ini]
– dah tak bergaji sejak Syawal 2013; dah rasa pahitnya kerja sendiri [masih merasainya] padan muka. nak sangat kerja sendiri. By April, firma akan ada 3 rakan kongsi; masing-masing seorang di KL, Ayer Keroh, Melaka dan Semenyih,
– berjaya juga memulakan kerja-kerja produksi sendiri walaupun dalam kadar perlahan tapi masih merisaukan sebab kerja mendatang takut tak cukup masa dan tangan pula. Alhamdulillah “arts and talents associates” sudah dibariskan untuk dikerah barang ada peluang hehehe ‘hashtag anda tahu anda siapa’ haaaa gicceww
– family? belum beranak apatah lagi berbini. Bila? 2017! [jawapan templete] alhamdulillah anak saudara yang omey dan bijak dan super nakal banyak kerenah sudah 6 orang terbaharu Nur Sofiyah baru berusia beberapa hari, anak adik yang nombor 5! hahahahadoi I love kids to the extent I have the thought of pursuing diploma in early chilhood education at Dika College, Puchong. [see? I even do my research ok]

Ok part serius;

– negara diambang perlaksanaan GST, dan aku masih tak faham apekebenda la GST ni especially on how it works
– PM sedang diekor rapat oleh mata-mata bermisi menjatuhkan beliau akan perihal 1MDB, jet peribadi yang over-priced dan macam-macam lagi.
– Islam di Malaysia diasak luar dan dalam, orang Islam pun pelik dengan keislaman sendiri, apatah lagi yang bukan Islam tapi mahu berkata sesuatu sebab semua orang berhak berkata-kata di bawah jaminan perlembagaan persekutuan… walaupun tidak semestinya dengan sinis dan divideokan untuk cercaan umum
– 2015 memang tahun sakit… tapi bagi yang dewasa memang dah faham pasal kitaran ekonomi begini jadi hadapkan sahaja

Mujur 2015 ni banyak benda juga nak disibukkan… jadi harap ia berlalu bagai angin kus-kus membawa bersama derita dan sengsara rakyat sepanjang menempuhinya…

Bukankah berat sesuatu ujian itu adalah selayak penerimanya?

Come another three-quarter of 2015, we are not afraid of you!

Azan subuh pun sudah berkumandang. Tak tidur ni sebab nak menyiapkan portfilo video associate yang klien nak present masa tender meeting kejap lagi~ haihhh rakaman dah maju HD bagai, tapi komputernya tak compatible dengan kerja-kerja ‘berat’ maka lembaplah serba-serbi~

One thought on “Hai 2015!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s