Ta’aruf

Photobucket
Assalamualaikum pembuka bicara!

Aku lebih suka dikenali sebagai Alang Tengah Biru Kundang (ringkasan atbk) di maya ini…

Kenapa atbk?
Hmm, aku terilhamkan nama pena ini dari hikayat Melayu lama “Awang Sulung Merah Muda”.
Alang; seperti mana Awang, Teruna dsbg. adalah nama2 tradisional Melayu… dan aku pastinya orang Melayu. Lebih spesifik, berdarah “Rawa”, moyangku and the gang adalah antara pengasas Kampung Chulek, Gopeng; dahulunya merupakan satu-satunya jalan masuk menuju Gua Tempurung di Perak.
Tengah; atau ngah adalah panggilan hormat diri tradisional Melayu untuk anak kedua dalam keluarga, seperti mana Sulong (atau Long, Yong) untuk anak pertama dan Lang untuk anak ketiga. Pastinya aku anak kedua, dan panggilan hormat ini lebih ketara di Perak, negeri asalku.
Biru; sekadar warna kegemaranku.
Biru Kundang; salah satu jenis biru, seperti biru muda, biru pualam dsbg. Seperti mana merah punya jenis tersendiri seperti merah muda, merah saga dsbg.

Maka, diilhamkan dari Awang Sulong Merah Muda, lahirlah Alang Tengah Biru Kundang.

Bekerjaya profesional di Kuala Lumpur.
Kecenderungan terhadap seni terlalu tinggi. Sentiasa mencari-cari peluang mendalami setiap satu daripadanya dikesibukan bergelar warga kota.
Bujang (heh!).

atbk boleh dihubungi melalui emeil alangtengahbirukundang@yahoo.com
atau Yahoo Messenger melalui i.d. alangtengahbirukundang