Singgah

Jom lepak tempat yang aku selalu lepak!

encik bicaramanis
Anda profesional? Muda dan berkeluarga? Hayati bibit-bibit kehidupan seorang peguam beranak seorang menjalani jerih payah meneruskan kerjaya demi menyara keluarga… Suka, duka, dendam mahupun benci terhadap apa sahaja yang berlaku disekitaran domestik, nasional mahupun global disusun melalui bait-bait kata yang santai, sering sahaja mencuit hati pembaca dan mampu mengikat sesiapa sahaja untuk terus mengikuti perkembangan penulis ini dari sehari ke sehari.

encik nafastari
Pantai timur negara kita tidak lagi dapat anda ikuti perkembangannya melalui kaca mata penulis ini, seorang pegawai kerajaan yang “rebellious” dalam isu-isu “majikan”nya, lantaran penghijrahannya ke Islamabad, Pakistan bagi memenuhi tuntutan kerjaya. Seorang yang “down-to-earth”, tulisannya selepas ini bakal mengangkat gaya hidup mudah masyarakat pelbagai peringkat di Pakistan, termasuklah rutin keluarganya sendiri tiga beranak sepanjang tiga tahun permukiman di sana. Estetika nilai-nilai hidup masyarakat Muslim di Pakistan bakal  dikupas dengan begitu menarik melalui medium yang terlalu mudah, seperti cerita makanan dan pakaian seharian, tempat-tempat kunjungan serta ragam masyarakat Pakistan sehingga mampu melahirkan rasa cinta akan ketulenan dan keaslian nilai hidup tradisi turun-temurun, lalu terus mengikat anda dengan rasa ingin tahu tentang bumi yang terlalu banyak keindahan tersembunyi ini yang terus-terusan dikaburi dek cuaca politiknya yang sering berantakan dan tak pernah sunyi dari kontroversi!

encik oranglipis
Pencinta seni bangsa sepertiku, malah pernah sahaja menjadi regu dalam kegiatan seni ketika masih bergelar mahasiswa dulu. Bekerjaya tetap sebuah syarikat korporat terkemuka di ibukota, berusaha menyubur cinta terhadap seni bangsa di tengah-tengah tinggi menggunung nilai orang luar disanjung dijaja.

cik puan nas
Pencinta dan pengamal sastera. Pernah memenangi beberapa anugerah karya sastera di peringkat nasional. Cerita hidup disusun dengan kata-kata bahasa bangsa nan indah, pantang berbahasa pasar! (tak macam aku, hehehe). Amati kisah insan bergelar muslimah yang memperaga bahasa bangsa sebagai senjata dalam meneruskan liku-liku hidup di sekitaran bangsa seiman memandang sepi agama sendiri.

encik nas
good old friend… currently in Australia making his way towards being the “cutest” (coz he kinda kecik-kecik cili padi punye org, don’t get angry ye Nas!) PhD holder in the country! Go Nas Go!

encik awangsulungmerahmuda
..coz he is alangtengahbirukundang’s only elder brother; my abang sulung la. but of coz ‘awangsulung’ whatever is never his nickname, saje je! married with two kids and always strive to his very best building his own business.. Aja2 brother!

cik sarah shukor
Mahasiswa perubatan di bumi Moscow, Rusia. Tulisannya mengungkap kisah-kisah rutin sebagai pendatang di bumi asing mencari ilmu, di samping sekali-sekala menyorot memori dulu-dulu ketika di bangku persekolahan. Tulisannya penuh makna walau dalam nada santai, mengajar erti kepayahan berkampung di tempat orang namun sekali-sekala merisaukan pembaca akan pengalaman suspense dan cuainya yang tak mampu di hulurkan tangan buat membantu meringan beban. Bersabarlah Sarah!