La syukran ‘alal wajib


Masa belajar bahasa Arab zaman sekolah-sekolah dulu,
selain ” ‘Afwan ” sebagai ucap balas kepada “Syukran jazilan” [terima kasih],
ustaz mengajar bahawa kami juga boleh menjawabnya dengan ” La syukran ‘alal wajib! ”
Ucap balas ini ternyata satu pengucapan yang mempunyai falsafah yang amat dalam.

Kes 1.
Ibu ayah menghantar anak-anak ke sekolah agama setelah bertahun menerima pendidikan asas kewajipan-kewajipan agama di rumah sendiri seperti menunaikan solat, membaca al-Quran dan berpekerti mulia.
Ibubapa berusaha sebaik mungkin menjadi teladan terbaik untuk anak-anak mereka.
Setelah dewasa, anak-anak rasa sangat bersyukur dengan usaha ibubapa mereka suatu ketika dahulu.
Anak-anak mengucapkan kepada ibu bapa mereka, “Terima kasih!”
Ibu bapa menjawab, “La syukran ‘alal wajib!”

Kes 2
Anak-anak telah berjaya dalam kerjaya mereka, sering mencari peluang pulang ke kampung halaman,
memberi wang saku kepada ibu bapa, menguruskan makan pakai, ubat-ubatan mereka,
berbahasa baik dan berlemah lembut dengan mereka melayan kerenah mereka yang saban tahun saban sensitif,
mudah terasa.
Ibubapa gembira, lalu mengucapkan kepada anak-anak mereka, “Terima kasih!”
Anak-anak menjawab, “La syukran a’lal wajib!”

Kes 3
Setelah bertahun-tahun, tahanan ISA yang dipisahkan dari orang-orang yang memerlukan mereka
akan dibebaskan hari ini. Ya Allah, berat sungguh ujian perpisahan, namun Engkau akhirinya dengan sebuah pertemuan yang dinanti-nanti.
Tiada apa yang dapat menggantikan penawar perpisahan melainkan pertemuan semula ini.
Hayat bersambung.
Kasih sayang bertaut, kembali.

Lalu rakyat mengucapkan kepada pemimpin negara, “Terima kasih!”
Aku mengambil peluang ini menjawab bagi pihak pemimpin negara, “La syukran ‘alal wajib!!!”

Menyemaikan nilai-nilai keagamaan kepada anak-anak adalah kewajipan ibubapa.
Berbakti kepada ibubapa di masa tua mereka adalah kewajipan anak-anak.
Menegakkan keadilan ke atas orang-orang yang dizalimi adalah kewajipan pemerintah.

La syukran ‘alal wajib.
“Tidak perlu penghargaan hanya kerana tanggungjawab telah ditunaikan!”

11 thoughts on “La syukran ‘alal wajib

  1. Jarang dapat baca political view Alang kat dalam blog sendiri. Hmmm.. Menarik kupasan ini! Kawan saya yang belajar di Maghribi memberitahu “laa syukran ‘alal waajib” digunakan secara meluas di negara Maghribi berbanding di negara Arab lain. Orang Maghribi secara keseluruhannya memang menggunakan perkataan ini bagi membalas kepada “syukran”.

  2. Howdy would you mind letting me know which hosting company you’re working with?
    I’ve loaded your blog in 3 completely different internet browsers and I must say this blog loads
    a lot faster then most. Can you recommend a good internet hosting provider at a
    fair price? Many thanks, I appreciate it!

  3. This is for allowing them to improve their professional and technical services in the field
    of bookkeeping. A teacher with good training, whether from a university or just trained by someone is the key to
    learning good bookkeeping skills. CPA accountants will continue to be in high demand, as there is an economic boom.
    Accounting and Bookkeeping also interprets the recorded classified and summarized transaction and events.

  4. My brother suggested I might like this blog. He was entirely right.
    This post actually made my day. You cann’t imagine
    just how much time I had spent for this information! Thanks!

  5. I’m not sure if it’s me or simply your website but it’s loading slow , I had
    to spend for a few minutes to successfully load up and yet gmail operates
    totally . However , I appreciate you for putting
    up fabulous blog post. In my opinion it has already been honestly helpful to user who actually click here.
    I’m hoping I will be able to get further awesome things and I also really should flatter you by stating you have done good job.
    Right after checking out the blog post, I have bookmarked your web blog.

  6. La syukran alal wajib tuu brmakna tak perlu penghargaan atau tak perlu trima kaseh atas prkara wajib.. Mknanya kita menganggap apa yg kita buat ni adlh satu kewajipan dan kita tak mengharapkan penghargaan.. Senang cite ‘ikhlas’ lah tuu..

Tinggalkan komen