10 (lagi) sebab mengapa kita tak kaya-kaya


Pagi ini topik pertama yang menarik perhatianku dalam Yahoo! ialah tajuk posting ini yang ditulis oleh Jeffrey Strain, TheStreet.com. Aku nampak ia basic dan kena dengan aku dan kawan-kawan sebaya lain, yang berkerjaya malah sudah pula berumahtangga. Aku cuba terjemah mengikut kefahaman aku dan level Bahasa Inggeris aku yang “suam-suam kuku” ini. Harap pembaca semua dapat manfaat darinya.

10 (lagi) sebab mengapa kita tak kaya-kaya
oleh Jeffrey Strain, TheStreet.com

Ramai menyangka atau berpendapat mereka tak kaya-kaya kerana mereka mereka masih tidak beroleh pendapatan yang mencukupi. “Kalaulah aku dapat duit banyak sikit, mesti aku boleh menyimpan dan membuat pelaburan yang lebih baik,” kata golongan ini.

Teori ini mungkin betul, namun masalahnya mereka sebenarnya telah berpandangan sama sejak beberapa kali kenaikan gaji mereka sebelum itu. Dalam erti kata lain, pandangan ini hanyalah alasan semata-mata. Menjadi seorang jutawan tidak langsung berkaitan dengan seberapa mana pendapatan anda, tetapi lebih banyak berkisar mengenai bagaimana anda menguruskan perbelanjaan harian anda!

Senarai sebab-sebab mengapa anda tak kaya-kaya tidaklah berakhir hanya kepada sepuluh sebab-sebab ini, namun ia turut mengiringi sebab-sebab lain seperti:- terlalu mengambil peduli mengenai apa yang jiran-jiran anda fikir; tidak sabar atau gopoh; bersikap negatif; tidak bersedia; tidak menetapkan matlamat; selalu mencuba membuat pulangan-pulangan jangka pendek; bergantung kepada orang lain dalam menguruskan kewangan anda sendiri; membuat pelaburan dalam skim-skim yang anda tidak benar-benar fahami; terlalu risau mengenai kewangan anda dan juga tidak mengambil berat mengenai pengurusan kewangan sendiri.

Berikut adalah sepuluh LAGI sebab mangapa anda tak kaya-kaya:- 

1. Anda mengambil berat mengenai pandangan orang terhadap keadaan kereta anda
Kereta adalah wadah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, namun ini bukanlah pandangan kebanyakan kita. Malah, kita berpendapat kereta adalah refleksi diri kita yang sebenar dan berbelanja besar setiap 2 tahun  untuk mengagumkan orang lain dengan kereta yang kita miliki daripada menggunakan kereta kita seoptimum penggunaan dan membuat pelaburan dengan penjimatan yang dapat kita hasilkan. 

2. Anda merasakan anda berhak untuk sesuatu perkara
Sekiranya anda merasakan anda berhak untuk sesuatu taraf/ kos kehidupan, memiliki harta-harta tertentu dan membelanjakan sejumlah wang tertentu bagi memenuhi keperluan taraf hidup impian anda itu, maka anda hanya akan berkesudahan meminjam dan meminjam lagi wang dan terus menambah hutang bagi merealisasikannya, di mana akhirnya anda akan terus jauh daripada mengecap kekayaan.

3. Anda tiada kepelbagaian
Di sana ada sebab kuat mengapa satu petua turun-temurun pengurusan kewangan mengatakan bahawa anda harus mengelak menyumbat kesemua telur-telur di dalam sebuah bakul. Memiliki portfolio pelaburan yang pelbagai sekurang-kurangnya tidak akan menjadikan semua kekayaan yang anda miliki hilang dalam sekelip mata.

4. Anda bertangguh dan akhirnya anda memulakannya terlalu lambat!
Keajaiban sistem faedah (interest) hanya dapat dilihat dalam jangka panjang. Sekiranya anda menangguh-nangguhkan niat untuk memulakan suatu pelaburan dangan menganggap anda masih mempunyai banyak masa lagi untuk memulakannya, akhirnya anda akan bangun di suatu pagi untuk menyedari persaraan semakin hampir namun masih tiada apa-apa yang anda dapat kumpul bagi menyara diri anda sendiri selepas bersara.  

5. Anda tidak menyukai kerjaya anda sendiri
Tidak semestinya sesuatu pekerjaan itu harus menjadi kerjaya impian anda untuk anda menyukai dan mengerjakannya dengan rela hati. Anda harus sukakan apa yang anda kerjakan! Sekiranya anda memilih kerja yang anda benci tetapi meneruskannya semata-mata kerana gaji yang ditawarkan, anda akhirnya akan membelanjakan baki simpanan anda untuk melegakan stress yang ada alami setiap bulan daripada pekerjaan yang anda benci. 

6. Anda tidak berusaha meningkatkan pengetahuan anda
Anda mungkin menyangka setelah anda menamatkan pengajian tinggi, anda tidak perlu lagi berusaha meningkatkan ilmu di dada. Sikap “rasa sudah cukup” ini akan membantu anda tidak lebih daripada mendapat pekerjaan sesuai dangan kelulusan yang diperolehi dan menjamin anda tidak akan menganggur buat suatu jangka waktu, namun akhirnya anda terus-menerus tidak akan mencapai kekayaan. Kesanggupan meningkatkan pengetahuan dalam kerjaya anda mahupun dalam ilimu pengurusan kewangan adalah 2 perkara teramat penting sekiranya kekayaan yang anda inginkan.

7. Anda membeli barang yang anda sendiri tidak gunakan
Cuba perhatikan sekeliling kediaman anda, dan periksa kalau-kalau ada barang-barang yang anda tidak gunakan langsung 2-3 tahun yang lalu. Sekiranya ada, anda sebenarnya telah membazirkan wang sendiri dan terlepas satu peluang pelaburan andai anda sebenarnya tidak membeli barang-barang itu suatu ketika dulu.

8. Anda gagal memahami NILAI (value) dalam erti kata sebenar.
Anda membeli sesuatu dengan sebab-sebab tertentu namun “nilai” bukan dalam senarai sebab-sebab tersebut. Kegagalan memahami erti sebenar “nilai” tidak terhad kepada mereka yang selalu berpendapat barang-barang mahal adalah terbaik, tapi termasuk juga kepada mereka yang selalu membeli barang-barang yang paling murah! Selalunya kedua-dua barang yang paling mahal dan barang yang paling murah tidak langsung mempunyai nilai terbaik, namun sebaliknya sekiranya anda benar-benar membeli barang kerana nilainya yang berpatutan dengan perbelanjaan yang anda keluarkan (value for money) anda akan dapati wang anda masih berbaki bagi meralisasikan pelaburan-pelaburan anda yang seterusnya!

9. Kediaman anda terlalu besar!
Sekiranya kediaman anda terlalu besar melampaui keperluan anda dan keluarga, anda akhirnya akan membelanjakan lebih banyak wang dengan memanjangkan tempoh pembayaran semula pinjaman perumahan; membayar cukai pintu atau tanah yang lebih tinggi; berbelanja lebih banyak untuk penyelenggaraan dan membeli lebih banyak lekapan dan perabot-perabot bagi mengelakkan rumah anda kelihatan kosong kerana keluasannya! Ramai cuba mempertahankan tindakan ini dengan berpendapat semakin besar hartanah, semakin tinggilah nilainya dalam jangka panjang. Namun hakikatnya, melainkan anda rela menurunkan sedikit taraf kehidupan yang sedang anda kecapi, rumah yang besar pun bukannya boleh menjadi aset cair atau wang tunai yang dapat anda benar-benar gunakan!

10. Anda gagal merebut peluang
Mungin anda telah berkali-kali didengarkan dengan kejayaan orang lain mengecap kekayaan melalui cara-cara tertentu, namun respond anda hanyalah bersuara, “Ala, aku pun boleh jugak berjaya kalau aku terfikirkan cara itu dulu..” Peluang mengecap kekayaan sebenarnya terlalu luas. Apa yang perlu anda buat hanyalah menetapkan kesanggupan dan membulatkan tekad untuk terus mencari peluang yang ada atupun mengintai peluang-peluang baru!

Amacam? Praktikalkan tips-tips tadi?
Selamat mengamalkannya dan semoga berjaya mengecap kekayaan/kebebasan kewangan demi kebahagian orang-orang yang kita sayangi!

5 thoughts on “10 (lagi) sebab mengapa kita tak kaya-kaya

  1. Sebenernya artikelnya bagus banget gan, tapi mohon dimaklumi, saya ngga ngerti apa-apa masalah
    ini. jadi hanya bisa numpang komentar doang hehehe..

  2. The Sox’s turnaround to make the playoffs will hinge as much on the success of their young rot.
    FOWLER’S BIG FLY IN THE FIFTH FINISHES OFF PHILLIES, 6-5Over the course of 162 games, every team has its ups and downs.
    ” Those types of comments could be the very leverage that works against him as he attempts to lock Irving up long-time.

    Zibanejad vs BrassardThe two talented forwards were swapped this past summer, the Rangers opting for the cheaper and younger Mika Zibanjed.
    The Madden CurseWhile “The Madden Curse” has indeed been thwarted more often in recent y.

  3. The extra will in all probability never be awarded, but if
    it is it’ll take a week or longer for that money to exhibit upward inside the gamer’s accounts.

Tinggalkan komen