Citrawarna 2009 – TOFA did it again!


Bersama beberapa teman menonton raptai penuh Citrawarna 2009 semalam di Dataran Merdeka.
Spot terbaik yang tak tersangkakan menjadi tempat duduk kami malam itu;
hujung pentas VIP bahagian hadapan sekali, kami duduk beralaskan platform pentas
sambil kaki berbuai-buai, dibelakang sebelah kanan  kami Dato’ Azalina Othman Menteri Pelancongan
turut menonton raptai yang akan dihadirinya esok pada majlis sebenar bersama-sama DYMM Seri Paduka Sultan Mizan.
“Eh, nampak kurus jugak die ye, dalam TV nampak lain!” Bisik seorang teman.

Hmm, overall persembahan malam tu:-

1. Persembahan terbaik aku anugerahkan kepada segmen kebudayaan India yang dipersembahkan oleh Tample of Fine Arts, Kuala Lumpur (TOFA) dan persembahan kebudayaan Cina oleh (hmm, tak ingat nama kumpulan). TOFA did it again! Menampilkan adat resam perkahwinan India sebagai latar belakang, persembahan ditampilkan sungguh bertenaga dan meriah!!! Dari muzik, gerak tari, pola lantai, para penari yang terdiri daripada semua peingkat umur, wahh memang mengasyikkan! TOFA berjaya membuktikan mereka adalah antara pemain utama arena persembahan-persembahan berskala besar, setelah mengulangi kehebatan persembahan tahun lalu dalam Citrawarna 2008 di Putrajaya! Kumpulan kebudayaan Cina juga menampilkan persembahan yang menarik, kemas, menggabungkan unsur ketangkasan dalam seni Wushu dan kelembutan dalam tarian yang menjadikan kain-kain panjang sebagai props (tak pasti nama tarian ini), persembahan nampak terkawal, simetri… sedap mata menontonnya!

Malam ni aku tonton siaran langsung di TV2. Namun betapa kecewanya siaran di TV gagal menggambarkan kemeriahan sebenar persembahan mereka! Kamera shoot ntah ape2, mase persembahan India, fokus dekat pengantin je banyak! Lepas tu mase ending yang sepatunya best, kamera tengah shoot penari kat belakang dekat2, perlahan baru zoom out ke center stage! Mase ni dah berhenti dah semua orang tak guna lagi nak tengok diorang la RTM oi! Bengong la! Aku terus malas nak tengok, buat sakit hati maki-maki TV adelah. Nasib baik datang raptai! Mujur sangat! Hahaha

Tapi mase persembahan TOFA di TV, jelas kedengaran penonton bersiul bersorak exited dengan persembahan mereka, klimaksnya semakin meningkat perlahan-lahan, sehingga disudahi dengan penuh bertenaga diiring tepukan gemuruh dan sorakan oleh penonton! Tahniah sekali lagi TOFA!!!

2. Segmen belon berkembar kiri dan kanan pentas dengan penari tergantung dibawahnya membuat aksi ala2 terapung-apung menari di udara sepatutnya boleh menjadi gimmick yang hebat tetapi sebaliknya meninggalkan kami tertanya-tanya, “Motif!?” Sebab agak lengthy dan masa tu memang persembahan bertumpu kepada diorang dan semua pun cam , “Ape ni? Diorang nak wat pe sebenarnyer?” Hahaha

3. Segmen paling kelakar (bukan sebab lawak tapi sebab nampak bodoh, minta maaflah para performer sekalian) ialah segmen yang memaparkan Malaysia sebagai destinasi (scuba diving? ala pe istilahnyer tak ingat!) Menari pakai flippers dengan gogle bawak tuala bagai! Ish, tak berkenan aku!

4. Lighting ke arah perfromer di atas pentas kadang-kadang tak kena, suram semacam! Sia-sia pakai busana berwarna-warni tapi lighting fail!

5. Segmen pasar lambak pun meriah jugak disertai persembahan nyanyian oleh Adibah Noor. Lagi sekali siaran langsung RTM di TV2 sewaktu beca masuk ke tengah pentas, kamera pergi fokus kat beca, mase ni semua pelakon-pelakon pasar pelbagai bangsa dengan pakaian kebangsaan masing-masing menari serentak beramai-ramai dengan gerakan yang sama (nampak sangat meriah sewaktu raptai sebab penuh atas pentas dari kiri ke kanan !) seolah-olah tidak dipedulikan oleh juru kamera, terus zoom kearah mat Arab yang kemudian naik beca, dan beca keluar pentas! Mase tu nampak kaki penari-penari je! Bodoh la RTM!!! Bangang! Macam baru semalam je RTM ditubuhkan, tak mencerminkan pengalaman langsung!

6. Segmen tarian Melayu hmmm, apekan daya… over shadowed by Indian and Chinese performance. Ntah di mana silapnya, center of attention persembahan ntah ke mana-mana, pola agak serabut… Muzik dan koreografi dah menarik tapi macam kurang kick! Hmm sorry la guyz, maybe 2share production harus belajar dari TOFA untuk create wow factor yang lebih berkesan di hati penonton.

Semoga Citrawarna 2010 segmen Melayu berjaya menemukan wow factor nya! Tak sabar juga nak tunggu persembahan TOFA tahun depan!

Secara peribadi, bagi aku kumpulan Melayu yang berjaya sebagai pemain utama dalam persembahan-persembahan berskala besar setakat ini adalah kumpulan Yayasan Warisan Johor.

Tonton clip dibawah dan nilailah sendiri!

9 thoughts on “Citrawarna 2009 – TOFA did it again!

  1. hi…terima kasih banyak2. On behalf of TOFA, Saya berasa bangga membaca komen2 yang sungguh menggalakkan. Kami membuat segala persiapan dengan bersungguh-sungguh dan thema perkahwinan adalah suatu yang kami amat senang/comfortable dengan…tetapi melalui juga banyak cabaran!! akhirnya kami dapat memberi artis seramai 120 orang dan itu suatu perkara yang menggembirakan dan setiap anak murid and performer sangat gembira and berasa bangga untuk menari untuk negara. Kami berasa gembira telah mendapat galakkan yang meriah dari koordinatornya, Adsuria…pasukan artistik dari Australia dan juga koreografer2 local yang memberi penari2 kita support yang sepatut. Terima kasih sekali lagi.

  2. geetha: saya percaya kamu sebahagian drpd team members TOFA, pls convey my message to your team, you guys were great that night!!! Well done!

  3. yes…i headed the team and choreographed the overall concept.my team had 3 other teachers as co -choreographers and everyone did their best. Majority of the cast were school children, college students, professionals in other fileds, parents and us teachers. apart from a handful, the rest are not professional dancers but we love what we do and that’s love for the arts. and we made a cast of 120. Thank you again and we promise to keep delivering only the best because we love what we do and it is always with fun and enjoyment and the encouragement that we receive from our group and the public, that we keep going. Terima kasih!

  4. yeay!
    mmg best pun TOFA wei.
    adoi.

    yg melayu mcm xde hala tuju.
    xtao perngkisahan yg nk disampaikn.
    adoi.

    endng mcm tu jer kot?
    pape pun, well done
    indian – TOFA
    Cina – DUA SPACE + MBPJ
    malay – 2share

  5. btw, keinginan untuk belajar bharanatyam atau odissie teramat la tinggi.

    tapi, upacara2 yg terpakse dilakukn sebelum membuat latihan, menyebabkan keingginan terbantut jap!
    adoi~

  6. Tan sri: Thanx for sharing the infos, hmm pasal tarian-tarian India tuh, saya juga berpendirian sama. Tapi itu tidak mengahalang kita terhibur dengan persembahan mereka rite?

  7. ahakz!
    ntah cemane aku terbace blog nie pasal citrawarna,,
    motifnye memang aku nak carik gambar2 yang aku perform arituh..
    neway aku sebagai penari NELAYAN + WAU BULAN a.k.a penari melayu bersependapat ngan korang..
    walaupon aku performance,,
    neway aku da 8 tahun join ngan citrawarna nie… dan tak pernah satu pon miss..
    dan seryesly kami performance pon merasakan citrawarna da tak rase macam citrawarna tahun2 sebelom nye..
    bende nie kami terase semenjak group mat salleh dari EYE ON MALAYSIA mengambil alih pengurusan citrawarna nie daripada pak ngah..
    duhulu pak ngah la yang mengambil alih disebabkan projek citrawarna nie usaha sama Kementerian Kebudayaan & Pelancongan..
    so peserta2nye adelah daripada setiap negeri2…
    dan seryesly hapening gle!!! sebab semua kebudayaan bergabung serentak…
    tapi sekarang..
    juz negeri KL jek…
    disebabkan Projek ini hanya diberikan kepada Group2 Swasta sahaja
    jadi kebanyakan group swasta nie tak mempertengahkan elimen2 kebudayaan secare details~
    arggghh!! seryes memule aku tension bab nie..
    balik2 muke nie balik…
    pastu kami pon rase agak happy teramat sebab..
    Citrawarna tahun nie buat di dataran merdeka…
    sebab seperti tahun2 yang lepas..
    kalo di dataran ade perarakkan (PARADE)
    tapi seryes bab nie gak aku tension..
    buat persembahan kat atas pentas JEK!!!!!
    why…?

    seryesly memang da tak rase citrawarna yang kami bayangkan selame ini..
    this is Color Of Malaysia not citrawarna..
    seryesly pengurusan Mat Salleh nie sangat bagus..
    tak dinafikan..
    tapi kebudayaan kami tak dapat lagi dirasai sudah~

    neway nice performance to TOFA and DUO SPACE & WUSHU

  8. wakil nelayan dan wau bulan: hmm, stuju jugak tuh, bwk production luar pun lebih kurang jer hasilnyer, puppettiers pun cam kelakar2 jer.. ntah2 kalu pakai production tempatan lagi jauh lebih menjimatkan tak?

Tinggalkan Jawapan kepada tan sri mohd. ikram Batal balasan