A fail uncle! Grr


[feat. image : RANG RANG batik shirt by NUSA IN YOU, my photog assignment last year’s Ramadhan, visit their official IG here ]

Ada 2 basikal di kampung, satu saiz dewasa satu saiz kanak-kanak. Entah siapa membelinya dan untuk siapa tidak pula dipastikan.

Petang Ahad lalu adalah petang-petang impian anak sedara yang they always look forward to whenever kami adik beradik balik kampung serentak because Pakngah used to bring them to taman-taman [anak sedara refer taman permainan as “taman-taman”] di Tapah. So biasanya depa akan set dengan Pakngah on this date at this time we shall be going to taman-taman.

Petang tu memang dah ready nak pergi, lepas solat asar and bersiap awal [lepas tidur petang lol] supaya masa bermain kat taman-taman lebih panjang. Memang menjangkakan taman-taman akan a bit crowded sebab it was a long weekend [Isnin cuti pertabalan Agong Sultan Muhammad V].

Keluar rumah dan tengok budak-budak dah berlari-lari kat luar. Ok I might use the time to warm things up. Cari basikal yang terlihat hari sebelumnya, dan kayuh-kayuh la depan area rumah yang sekangkang kera tu.

Huda nak tumpang sekaki. Suruh dia duduk atas palang besi tengah tu sambil remind her to spread her legs apart from tayar depan takut tergesel dengan jeriji tayar tu. Not that hard for her because she is 7 years old and can already appreciate the reason for such and such simple instruction. Few rounds of back and forth and of course yang melihat pasti nak try juga.

And it was Husna her 3 years old sister. You know small child if they want things means they will get it or they will cry like hell.

Ok. Husna of course is far shorter in size so kalau dia duduk atas palang tu kaki dia tak cukup nak kangkang untuk avoid kena jeriji tayar depan. Plus she’s too young to appreciate the danger and the probable repercussions of getting her feet stuck between those jerijis while the bike is moving [and in this context, her Pakngah too. Wait for it.]

And with few simple instruction, Husna managed to secure her legs by stepping both her feet on the besi Y pemegang tayar tu. And yes we managed to at least make few rounds before deciding to stop and get ready for taman-taman.

I decided to park the bike under the main porch and upon slowing down, pressed the handbrake when I realized ade sangkut-sangkut like few times [owh maybe brake tak makan : bisik kepala aku] and after completely berhenti, aku perasan selipar kiri Husna dah terjatuh ke lantai and kaki kiri dia dah dalam jeriji-jeriji tayar depan dan bermulalah jerit tangis menggegar buana oleh Husna. [OWH MY GOD!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! I couldn’t stop istighfar’ing after that!]

Aku dukung dia and lepas kan je basikal perlahan ke lantai [sebab dia punya tongkat macam weird] and my sister tanya dari jauh “Kenapa??” “Kaki dia tersepittt!!” “Laaaaa dah berenti baru nak kena??” samthing like that. And yes that was what popped in my mind too LOL

Husna of course menangis teruk. Aku pun pernah termasuk kaki dalam jeriji tayar dan untuk kanak-kanak mengalaminya boleh jadi trauma nak naik basikal lagi. Mak kat dalam rumah perasan luka kat buku lali dia and baru aku tengok “Ya Allah berdarah~” Mak ambik minyak gamat dalam bilik. Aku baringkan dia depan TV and sapu kat luka tu sambil urut-urut takut kaki dia terpeleot urat and bengkak.

Sebelum tu boleh pulak aku bukak penutup kecik belah dalam botol gamat tu and tuang atas tangan of course lah tumpahhhh atas lantai hadoiii nampak tak betapa nervous nya sampai bertindak pun tak pikir LOL

Aku terpikir she need to get her foot bandaged to support her bila berjalan [aku pernah terpeleot urat masa sparring / kumite time matriks UIA dulu, dengan membalut kaki, perjalanan lebih mudah dan stabil, sakit tak rasa sangat] and no choice I have to drive to the pharmacy to get it. And yes the nearest pharmacy is at Tapah 10km++ from our house.

Husna’s 3 elder sisters and her only brother Hazeem dah dok keliling Husna comforting her. Tapi sebenarnya lebih nak tanya Pakngah bila nak pegi taman-taman? LOL
“Macam mana nak pergi Husna kan cedera ni?”
“Ala.. mama kan ada mama boleh tengokkan~” said Hudada.
I was like LOL gila dalam tengah risau hal Husna tu.

Mama diorang keluar dari bilik tak lama lepas tu and took turn of comforting her. Aku pun pergilah Tapah sebab nak cari bandage tu, and bawak je lah budak-budak tu sekali with no plan on really going to taman-taman.

Dapat bandage tu [murah je RM3, yang elastic] singgah jugak la taman-taman and depa main dalam 30 minutes++ je macam tu [tu pun few minutes main dah mintak beli air lol] by 6.45pm dah gerak balik.

Sampai rumah, Husna dok baring kat tempat sama lagi tapi my other brother yang jagakan. Try nak pujuk dia untuk gerak-gerakkan kaki tapi she started to cry hmm memang harapan lah nak pasang bandage tu. Suruh dia bangkit mandi dulu pun tak mau. Menangis je.

Lepas tu baru tanya Mama dengan Abah Ajeem pergi mana rupanya pergi Gopeng cari durian. hahaha bayangkan dah la sakit luka kaki, kena tinggal tak boleh pergi taman-taman, kena tinggal jugak tak boleh ikut cari durian alahaiiii kesiannya Husna haha

After budak-budak tu dah siap mandi, they gather around Husna and main teka teki teka tekok. Husna joined and laughed along. Opah pun join dari jauh. Lepas sembahyang maghrib tu macam biasa bukak TV and ehhhh Husna pandai alihkan bantal and baring mengadap TV!!! haha ok maybe dah tak sakit kott…

Lepas beberapa minit tu dia bangun sendiri nak bersiap pergi mandi, bukak baju and pakai tuala and siap lompat-lompat lagi “Phewww she’s ok! alhamdulillah!!!” me in my mind.

Mama yang balik not long after that pun surprised Husna dah ok. Haha

So tulah cerita aku as a fail uncle last Sunday! hahahahahahadoiii

Tapi ya Allah aku punyalah risau something bad might happen to her. Lesson learned. Don’t put your young loved ones [in this case tooo young!] at stake when having fun especially during outdoor activities. Safety must be a policy. Thing could have been worse but alhamdulillah maybe budak-budak pun jenis baik cepat [or Husna ade super power?? lol] but I will take this all willingly and alhamdulillah again ‘ala kulli hal.

………………………………

Teringat cerita Ahad lepas ni sebab semalam bertungkus lumus siapkan tagging baju NUSA IN YOU milik a friend, dah suruh dia proofread jugak…. dah hantar ke kedai printing, balik tu dalam kereta baru terpikir nak double check spelling…. ya Allah aku terguna “access” instead of “excess” hadoiiihhhh what a fail graphic designer!!! LOL My friend tu boleh jugaklah improve mata dia sebab dia pun tak perasan padahal kerjaya dia pun melibatkan proofreading jugakkk LOL

Tinggalkan komen