PANTUN BUDI

Belum terlewat rasanya untuk diri mengucapkan [lagi] setinggi-tinggi tahniah buat junior-junior ku yang baik budi tulus pekerti [ke..? haha] yang berjaya memukau seluruh negara sewaktu siaran langsung Pesta Pantu Bestari RTM peringkat Akhir bertemu Universiti Malaya pada 12 November lalu. Korang memang best!

Ya, kami tak menang juara. Sekadar menang Naib Johan, Pemantun Terbaik dan Busana Terbaik. hehehe

kalau tuan orang yang baik
carikan sekejap secupak huma
kalau dah buat yang terbaik
sedihnya sekejap puasnya lama

(^_^)/

Apapun memori suka dan duka berlatih berpantun bersama kalian tidak kan ku lupa…  kita lanjutkan cinta ini ke semester hadapan pula sewaktu Pesta Pantun MAKUM!

Terlanjur bercakap pasal pantun, ingin ku kongsikan di sini beberapa rangkap pantun yang sempat ku karang semasa tempoh berlatih bersama-sama rakan se’pantun’an. Layan!

PANTUN BUDI

Kalau cari keladi
jalan ke kebun berbelok-belok
Kalau resmi berbudi
orang bercerita pun yang elok-elok

Mengangin tak kena cara
Padi di hampar bercampur sampah
Berbudi kalau berkira
Orang mendengar naik menyampah

Harimau mati meninggalkan badi
parut terkaman tidak kan tanggal
Manusia mati meninggalkan budi
doa diharapkan dari yang tinggal

AUUUuuuuummmmMMMMMmmmm [bunyi harimau]

HAHA DAH MALAS NAK LAYAN

Blog aku sebelum ni under alangtengahbirukundang[dot]com dah kena suspend… katanya sebab bandwidth terlebih, so kena upgrade. aku klik link yang dia bagi, sekali tengok, rm300++ sebulan? lol! baik bayar viva lagi bagus haha

so, aku ambik keputusan utk hidupkan balik blog ni… free n x payah pening2…
blog ni hidup pun sbb org dok masih komen entry :-

TIPS JUAL BELI HARTANAH 1 – KOS BELI RUMAH = HARGA RUMAH+YURAN PEGUAM+CUKAI PELBAGAI

… dan aku selalu juga reply soalan2 mana yang sempat melalui email… entry inilah jugak yang membuatkan aku pikir 2-3 kali kalau dah tention n nak quit as conveyancing lawyer / peguamcara hartanah.

So, will be updating right from here… yang dulu2 di alangtengahbirukundang[dot]com? hmm malas nak pikir… babai kan aje…
tp will re-post back entry2 penting e.g. memori bersama Allahyarham NAFASTARI dll.

so…… I’M BACK! haha [speechless]

(^_^)/

Ok!!! Last ! Lasssttt punyer!

This is my last entry on this blog…

pasni aku akan terus apdet kat alangtengahbirukundang[dot]com ok!

Sebelum ni macam tertangguh sebab aku terkial2 lagi nak godek cpanel tuh…

walaupun belum expert pun lagi, tapi hari ni aku manage to import SEMUA entry2 dan komen2 bukan sahaja dari blog aku kat wordpress ni, tapi juga dua blog aku yang dulu2 dibawah ni:-
1. www.alangtengah-birukundang.blogspot.com; dan
2. www.kelana-alangtengah-birukundang.blogspot.com …

Alhamdulillah berjaya jugaakkk!!
So kat site baru tu nanti korang bleh belek arkib dated back from March 2005, iaitu entry2 mase aku still blaja kat uia, itupun dah final sem (sebelum extend! lalalalala).
So kalu ade bende2 merapu aku repekkan dalam entry zaman2 tok kadok tu sory la.. dulu2 mane nak reti bincang isu2 whatever kan.. hahahaa

So, jumpe kat sane ok…! aku xboleh nak re-direct trus http:// blog ni ke sana supaya korang xpayah tukar setting kat blog korang, tapi daripada ape yang aku bace pasal re-directing tu, bende tu bukanlah percuma…

Lastly, terima kasih atas kesudian anda mengikuti perkembangan aku yang ntahsape2 ni selama ini, dan harap kesinambungan perkembangan seorang insan bernama aku dapat diteruskan di sana.

Aku still nak redesign the templete, especially the banner la, tp blum berkesempatan lagi. Templete tu sebenarnyer travel/adventure blog theme, sbb tu la ade booking kete sewa la, wwf ape la… dan agak semak sikit, tp aku suke konsep die, cume akan touch-up sikit2 je…

Ok, jumpe sane yeeee… InsyaAllah kalu ade rezeki aku buat la kenduri “pemanas rumah” kat situ, korang tgk gambar2 makanan je la ye… Hahaha

Berkongsi itu memuaskan!

Aku mengisi masa menunggu anggur-anggurku tumbuh merimbun dengan menerima pelawaan cikgu sekolah anak syarikat universitiku untuk mengajar buat ke sekian kalinya pelajar-pelajar yang sedang bersiap untuk Majlis Anugerah Tahunan mempersembahkan tarian zapin. Pelajar lelaki tahun 6 yang bakal diajar ini merupakan pelajar yang sama pernah aku dan seorang rakan sepasukan ajari ketika mereka dalam darjah 4 dahulu.

Kelas pertama kami adalah di Multimedia Room yang mana aku harus mengajar mereka di hadapan semua pelajar lelaki dan perempuan tahun 6 yang terlibat dalam persembahan lain, bersama guru-guru pembimbing mereka yang kesemuanya perempuan termasuklah Guru Penolong Kanan HEM. Malunya usah nak katalah! Pengalaman mengajar mereka 2 tahun yang lalu juga pengalaman mengajar ahli junior pasukan universiti mengurangkan kekokku. Sebelum itu, aku menunggu dalam bilik itu menyaksikan ujibakat bagi menentukan pemegang watak Puteri Gunung Ledang, dengan skrip ringkas berbahasa Inggeris tertulis di papan putih, seorang demi seorang mencuba (sebut “dipaksa”). Ada yang ok, ada yang over, tak kurang ada yang keliru jual mahal orang dulu-dulu pembawakannya berbeza dengan kekwat perempuan sekarang yang tergedik-gedik! Hahahaha

Peristiwa guru menengking murid-murid yang bising bersembang-sembang ketika ujibakat berlangsung dengan kata-kata kesat dalam bahasa Inggeris sungguh menjadikan jantungku bagai nak tercabut! Tak pernah aku terfikir guru yang sepatutnya menjadi contoh kepada anak murid mengucapkan kata-kata sedemikian hanya kerana mahukan anak murid senyap sunyi! Risik punya risik, menurut kata anak murid aku, cikgu yang sama malah pernah menunjukkan isyarat mengangkat jari tengah kepada pelajar! Hmmm, mujur anak murid pun tahu apa yang cikgu mereka buat itu memang perkara terkutuk. Mungkin terkesan dengan didikan di rumah, tahniah kepada ibu bapa mereka.

Cabaran mendidik kanak-kanak ialah mengekalkan tahap fokus dan perhatian mereka terhadap apa yang ingin kita sampaikan. Kalau tak kena cara, mereka lebih mudah berpaling melakukan perkara lain, bermain, malah berlari-lari keluar kelas! Sememangnya meninggikan suara amat membantu (bukan menengking, tapi menguatkan volume sahaja), tetapi kalau dah setiap kali pun harus ditinggikan, tewaslah peti suara yang rapuh ini. Lepas kelas terus jadi suara Ella, serak serak basah.

Perkara lain yang aku cuba tekankan kepada mereka ialah jangan memaksa diri melakukan sesuatu, apatah lagi kalau menari yang sepatutnya menghiburkan diri dan orang lain, akan menjadi segmen bermasam muka dan menyampah ditonton. Jadi, awal-awal lagi aku nasihatkan kalau rasa terpaksa atau memang tak minat, tak payahlah sertai kelas aku. Rakan-rakan mereka yang memahami turut menyampuk mengatakan nanti menari tak enjoy! Nasib baik ada yang sedikit matang. Hehehe

Namun itu tak menghalang aku untuk membuktikan menari bukanlah sesusah yang disangka, malah boleh jadi hiburan dan senaman dalam masa yang sama. Sudah pasti akulah yang harus mempersembahkan kepada mereka rutin-rutin tarian dengan satu lagu penuh, lagu yang akan kami gunakan semasa persembahan nanti. Ya Allah, dengan pertambahan 5 kilo selepas Aidilfitri, Tuhan sahaja yang tahu betapa berusahanya aku menyembunyikan nafas yang tercungap-cungap selesai sahaja demo!

Baru sahaja selesai menumpahkan kesemua rutin tarian yang akan digunakan kelmarin, jadi tumpuan seterusnya ialah membetulkan postur dan melatih mereka menari dengan tepat mengikut tempo.

Anak-anak murid aku ni memanglah nakal tak boleh nak kata. Tapi kenakalan merekalah yang memberi cabaran sebenar bagiku juga menghiburkan, berbanding melayan kerenah orang dewasa yang biadap tak tentu masa dan menyakitkan jiwa juga otak! lalalalalaDSC01297

Teori seiring praktikal.
DSC01329Gila tak? Hahaha

Cukup!!!

Baru sampai dari kampung petang tadi
Setelah seminggu lebih beraya
Kembali ke KL dengan pengharapan
Agar peluang2 tidak diputuskan
oleh Pemberi Peluang

Berat?… eh lupe nak timbang, jap!
HAHAHAHAHAHA
90 kg dowh! Astaghfirullah!

3 bulan je lagi nak abis tahun ni,
azam nak fit nampaknyer terpaksa digerakgempurkan menjelang 31hb Disember 2009!
Aja2!

Selamat Hari Jadi Diri!

Baru 25 minit berlalu,
umurku genap 27 tahun hari ini…
aku mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan secara rasmi:-
AKU DAH SEBULAN BERHENTI KERJA SEBAGAI LOYER!
DAN SEBULAN TU JUGAKLAH AKU TAK BUAT APE2.
AKU DAH MUAK TAHAP 98 PETALA LANGIT.
PAGI NANTI AKU NAK KEMPET BARANG IDAMAN AKU.
THIS MONTH KEMUNGKINAN BESAR BULAN TERAKHIR
AKU BERMASTAUTIN DI KL.
NAK BALIK KAMPUNG, TUNGGU WAHYU.
SAMBIL TU BELA IKAN, BELA AYAM
hehehehe

Org yg pertama aku bagitau adalah Pok Syed,
kedua Myraz,
ketiga Husni,
keempat Asrep,
kelima ANDA SEMUA…. (mak ayah pun aku tak khabaq lagi, esok lah)

Aku dah pindah site baru…
Jemput2lah yeee :)
(klik)

ha-anaza

H1N1 a.k.a. selsema babi – mari berikhtiar dan bertawakkal

Disamping pendekatan-pendekatan pencegahan yang diuar-uarkan oleh kerajaan,
mari kita cari ikhtiar alternatif mendepani wabak selsema H1N1 / babi ini.
Setakat ni, ni yang aku tahu daripada kawan-kawan dan pengalaman aku sendiri.

I K H T I A R   1
Kawan aku aku belajar Madinah pesan, dengan menyampaikan hadith berikut
(i’m quoting him k, starting from here)
:-


عن عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ:قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا (( مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيم ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْء

Bermaksud :

Usman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesiapa dari hamba (Allah) membaca :-   
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
[bermaksud : Dengan menyebut nama Allah, yang dengan namaNya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui],
sebanyak tiga kali, pada waktu pagi dan petang, maka tidak ada sesuatu pun akan membahayakan dirinya.

Dalam riwayat Abud Daud disebutkan: Kemudian, Aban bin Usman ditimpa sakit lumpuh. Orang yang meriwayatkan hadits tersebut melihat kepada Aban (dengan pandangan sinis). Aban berkata: Kenapa engkau memandang sinis kepadaku? Demi Allah, aku tidak pernah berbohong atas nama Usman,. Usman juga tidak pernah berbohong atas nama Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam. Namun, pada hari aku ditimpa penyakit ini, aku berada dalam keadaan marah sehingga aku lupa untuk membacanya.

Dalam riwayat at Tirmizi: Namun, aku tidak membacanya pada hari tersebut supaya ketentuan Allah berlaku kepadaku.

Sahih. Hadis riwayat Abu Daud 13/283 (4420) , at Tirmizi, 11/248 (3310). Beliau menyatakan sebagai Hasan Sahih Gharib; dan Ibnu Majah,11/333 (3859).

(quotation ends here…)

Siapa yang beristiqamah dengan Ma’thurat tu boleh teruskan macam biasa sebab doa ini turut tersenarai dalam doa’-doa’ ma’thur tersebut.

Sampai2kan lah kepada yang lain.

I K H T I A R  2
Ade sorang senior aku ni jalan-jalan ke selatan Thailand baru-baru ini, penduduk kat sana bagi petua berikut :-
Ambil air kelapa muda, rendam 2-3 biji kurma didalamnya selama 2-3 jam,
kemudian makan buah kurma yang direndam tadi dan minum air kelapa tersebut.

Samada ini untuk mangsa jangkitan, baru2 nak demam ataupun tidak, tak sure, tapi aku rase tak bahaya pun kalau nak cuba.
:)

I K H T I A R  3
Ni aku copy paste dari forwarded email, actually tips-tips nya masih bende2 basic, tapi sebab kita tak prihatin, so harap email ni boleh kembali mengingatkan kita.
(email starts from here):-

Dear Prof. Rozumah,

Greetings!


Sorry for the delay, esp. because the prevention against H1N1 is an urgent matter.


Let me provide here some easy measures to prevent the disease:


Basic information for the prevention of H1N1 disease:

(a) The following information I have written in my book on “Human Diseases” should prove very useful:


p.187: Immunity against virus diseases.

p.141: Common Cold.

p.171: German Measles

p.232. Shingles

p.246. Virus Diseases.

p. 115: Body Heat or Heaty Body.

p.35. Table-1: Diseases that may develop in relation to acidity.


All the above are very much relevant to H1N1 disease. They would only take very little time to read.


(b) Besides the above, the following should prove useful as well:


* Keeping awake late-nights is not very good. Likewise, over-working (far too much of working until your body is totally exhausted) is not good. Starving without eating food is not good for this disease. Strenuous exercises are not good, as it would make the body acidic.


* Avoid consuming ACID foods, fruits and drinks. Examples of this: buah kundang, rambai, macang, mango, duku langsat, rambutan (a few ok), mangosteen (very few, ok), durian (not too much), green belimbing used for cooking (sweet buah belimbing, ok), strongly sourish Durian Belanda (sour sop) (sweet sour-sop, ok), sour plums, Roselle drink, Assam Jawa drink (using Assam Jawa for cooking, ok), (oranges, pomelo and lemons are ok, since they contain plenty of potassium), sour pineapple (a little of sweet pineapple, ok), China-imported tit-bits that taste sour: e.g., sourkana, sour orange skin, sour lemon skin, sour ginger, sour-tasting Bayam (pulicha keerai, in Tamil), etc., Generally rice and rice-based foods are good. All those bottled drinks that may contain citric acid (or any other acid or preservatives) should be avoided. Foods cooked 2 or 3 days ago (i.e., old food), if not sterilised properly) should not be eaten as well. This is especially true if the curry contains dhor dhall, kacang hijau (green gram), kacang tanah (groundnut), etc. Must avoid eating chocolates, ALL forms of nuts including groundnuts, pistachio, almond, etc. should not be eaten in large quantities / frequently (A few added to foods can be eaten).


* Better to eat: dragon fruit, sweet apples, honey melon, water melon, pears, bananas, cucumber, onions, pumpkin, grey ‘pumpkin’ (Poosanikkai, in Tamil), loofa (Peerkangai in Tamil), Drinking coconut water (and its meat) on alternate days (during day time and not by night) is good. Coconut water can be taken daily if one is travelling around, or is enggaged in strenuous physical work.


*The fruits of Sea Coconut (Borassus flaberllifers) is EXCELLENT if a person has already contracted the disease. It will give immediate cure. Now, it is available in supermarkets in canned forms: they call it Sea Coconut, imported from Thailand or Singapore : white syrup or gula Melaka preparation: both are OK. (Uninfected people can also eat this for prevention: dosage: just 2 or 3 pieces only in the mornings on alternate days, until the hot season changes.


*
If infected, one should bathe 3 or 4 times a day in cool tap water. (Hot water is bad).

* Once infected, the person should eat RICE and rice-based foods, and should avoid high protein diet, chicken, soybean (all kinds), oily foods, Wheat items are not good. Powdered milk, papaya and other acid fruits mentioned above should be avoided altogether.


IMPORTANT NOTE: All the above should NOT be continued forever. Do all the above only for a month or so, until the HOT season changes. After that, should eat ALL things in moderation.


Dear Prof.,

I have no objection if you wish to send this message to your friends and relatives. While doing so, kindly include the Disclaimer found on top of this mail.


Also, since this article has come out nicely well, i too wish to send this to a few of my friends. Your questioning has helped me to draft this mail, hence kindly allow me to forward this to all. Thanks.

With best wishes,

Dr. Palani.


Dr.V.M. Palaniappan, Ph.D.,
(Pioneering Founder of “Ecological Healing System”),
Chief Consultant
Neo Health Care
30-A, Jalan Ara SD 7/3-A,
Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur
Malaysia

H/P: (6) 012-207 14 14
Tel Resid: (6-03) 627 222 84

(email ends here)

I K H T I A R  4
Ni yang aku selalu buat lah, untuk demam-demam selsema biasa.
Demam selsema biasanya akan start dengan sakit tekak, kemudian tekak berkahak, then comes batuk, kahak makin tebal+mukus kat idung start dari yang cair… lama2 jadi pekat menebal, mase ni suhu badan dah makin tinggi.

Sampailah satu peringkat kita akan bersin tak henti-henti demi berkongsi virus dengan teman terdekat, badan pulak sejuk di dalam, panas di luar. Kalau kita bekerja bukan sahaja kerja takleh fokus, kita mengganggu pulak rakan-rakan sekerja!

Daripada apa yang aku belajar sejak tak duduk bawah ketiak mak ayah mase tingkatan 1 sampailah sekarang (means balik kampung hanya waktu cuti dan musim2 menganggur sahaja), start je rase sakit tekak, u must make sure u sweat ur self as much as possible ! Selimutkan diri / pakai sweater tebal2. Mase ni badan masih ada tenaga lagi, so kalu ade mase pergi je joging kat laur tu, bagi berpeluh tahap cipan !

Aku pernah banyak kali lah jugak mase selsema baru nak start, pergi joging2… tengah-tengah joging tu, selsema dengan segala hingus dan kahak hilang begitu saja ! Minggu lepas pun aku dah start sakit tekak sebenarnya, tapi sebab aku kene training zapin (dan kebetulan koreo kali ini paling energetic sekali dalam sejarah kezapinan aku !).. sakit tekak hilang begitu sahaja tanpa aku perasan pun…

It works for me la… tanpa perlu beratur jumpe doktor kat sepital gomen atau bayar koman2 RM30 kat klinik swasta, cukup ngan panadol kat kedai dan gula2 ubat batuk hacks tuh.

Tapi kalu korang 3 hari tak hilang, sebab sekarang musim selsema babi ni, so special kes la, bawak2lah berjumpa doktor cepat, jangan berlagak kuat k!

I K H T I A R  5
Ni aku belajar dari staf Cina kat opis lama dulu, kalau kene demam selsema JANGAN MAKAN AYAM ! Nanti selsema bertambah teruk @ lambat baik.

~ Kalu ade ikhtiar2 lain, bolehlah kongsi2kan ye.
So, bile dah ikhtiar, jangan lupe iringi doa jugak. Tawakkal !

Di tag ,

Takziah; Ustaz Asri pergi tak kembali

Mule2 Michael Jackson… terkejut
Then, Yasmin Ahmad… terkejut lagi.

Kemudian pagi tadi, ikram sms inform Ustaz Asri Rabbani telah kembali ke rahmatullah.
Ya Allah, yang ni paling tersentak sekali!
Baru je perform sama-sama Rabbani 1.8.2009 yang lalu sewaktu konsert antara dunia di shah alam…
Takziah buat keluarga beliau

:(

5976_1138555237191_1626717658_342045_7507934_n5976_1138556077212_1626717658_342050_1569655_n5976_1138555357194_1626717658_342048_4829450_n
Pemergianmu ditangisi, Ustaz!

kredit untuk pemilik asal gambar, en alief

Di tag

Chewah…!

Memberi komen barang sepotong dua, tiba-tiba didatangi email dari admin community tersebut.
“Alamak, kene sound ke? Berbaur sensitif ke komen aku?”
Rupe2nya admin community nak mintak kebenaran letak komen aku sebagai sebahagian drpd enrty terbaru.
“Permission granted!”
Kembang sekejap :P
Klik gambar untuk ke laman community tersebut

petikanIIUMbloggerskecik

~Bernas jugak aku rupe2nyer! Hehehehe

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.